Home Team akan latih pegawai dengan kemahiran teknologi menerusi laluan kerjaya baru
Bagi membangunkan pasukan pegawai yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi, Home Team akan bertahap-tahap memperkenalkan satu laluan kerjaya baru bagi semua pegawai perkhidmatan berseragam ehwal dalam negeri.
Gambar fail.
SINGAPURA: Bagi membangunkan pasukan pegawai yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi, Home Team akan bertahap-tahap memperkenalkan satu laluan kerjaya baru bagi semua pegawai perkhidmatan berseragam ehwal dalam negeri.
Program tersebut, dipanggil 'Ops-Tech Career Track', akan mempunyai laluan berstruktur bagi "mempertingkatkan pengalaman operasi para pegawai dan pendedahan kepada teknologi," menurut Menteri Kedua bagi Ehwal dalam Negeri Kedua Josephine Teo pada Isnin (2 Mac).
Para pegawai di laluan kerjaya ini boleh melanjutkan pelajaran untuk mempertingkatkan ilmu teknikal.
Bagi menyokong program tersebut, lebih 200 jawatan operasi teknologi, dengan bidang tugas yang direka semula akan dikenal pasti dalam jabatan polis dan pasukan pertahanan awam Singapura serta unit barisan hadapan.
Laluan kerjaya baru itu melengkapi pelancaran Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX).
Para pegawai operasi teknologi akan berkhidmat sebagai perantara bagi HX dan jabatan Home Team.
MENAIKKAN USIA PERSARAAN UNTUK RAIH MANFAAT PENGALAMAN
Dalam ucapannya, Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata, Home Team akan terus melabur dengan banyak dalam para pegawainya dan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk menggalak pembelajaran secara berterusan dan peningkatan kemahiran "dari pengambilan hingga persaraan".
Usia persaraan para pegawai di bawah Skim Ehwal Dalam Negeri Berseragam akan dinaikkan dari 55 tahun sekarang kepada 58 tahun menjelang 2030, kata Encik Shanmugam bagi membolehkan mereka meraih manfaat daripada pengalaman para pegawai yang lebih berpengalaman.
Kementerian itu juga akan meningkatkan usaha peralihan kerjaya untuk membantu para pegawai mendapatkan kerjaya yang bermakna selepas bersara dari Home Team.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.