'A History of the People's Action Party: 1985-2021' buku sejarah pertama PAP
Parti Tindakan Rakyat (PAP) berada dalam fasa peralihan kepimpinan dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggesa para anggota parti itu supaya terus berkhidmat demi keselamatan, kestabilan dan kemakmuran negara.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong melancarkan buku "A History of the People's Action Party: 1985-2021" bersama penulisnya, Dr Shashi Jayakumar pada 14 Dis 2021. (Gambar: MCI/Terence Tan)
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) berada dalam fasa peralihan kepimpinan dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggesa para anggota parti itu supaya terus berkhidmat demi keselamatan, kestabilan dan kemakmuran negara.
Beliau menambah ini perlu dilakukan bersama rakyat Singapura.
Semasa melancarkan buku berjudul "A History of the People's Action Party: 1985-2021", PM Lee berkata buku itu meliputi pilihan raya umum penting pada 1984.
Tahun itu ramai ahli politik mapan bersara ataupun mengundurkan diri daripada politik.
Buku itu juga menyentuh tentang titik perubahan di Singapura dengan pasukan 4G yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan.
PM Lee menambah buku tersebut juga mengimbau bagaimana PAP terus berubah dan memperbaharui dirinya sepanjang tahun-tahun berikutnya tetapi tetap berasaskan nilai-nilai utamanya.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong membaca serangkap daripada buku tersebut di acara pelancaran buku itu "Pada Pilihan Raya Umum 2020, PAP sekali lagi menang dengan mandat teguh daripada para pengundi. Namun, jumlah undi kami merosot 8.6 peratusan mata.Kami kalah dua GRC kepada pihak pembangkang buat pertama kali."
Seperti pada 1985, banyak soalan dalam pemikiran rakyat tentang masa depan: Bagaimana PAP menangani cabaran baru? Bagaimana pasukan 4G akan memberi respons? Mampukah mereka mengatasi cabaran dan membawa Singapura ke hadapan? Adakah generasi baru ini mempunyai naluri untuk bertakat, bersatu dengan para pemimpin mereka sebagai satu?".
Di samping itu, PM Lee berharap buku dilancarkan itu bukan saja akan membawa manfaat kepada para pembaca tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi pemimpin dan rakyat seterusnya untuk membina masa depan lebih cerah bagi negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.