Hisab atau cerapan - pendekatan Singapura tentukan awal bulan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Haihong Zhang, Cloudspotting & SkySpotting Singapore)
SINGAPURA: Kedudukan Singapura yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa dan dikelilingi lautan berserta keadaan cuaca kadangkala menyukarkan lagi pencerapan anak bulan bagi menentukan awal Syawal atau Ramadan.
Oleh itu, Singapura mengambil pendekatan untuk memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi serta ilmu falak dan perkiraan hisab dalam penentuan dua tarikh tersebut.
Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir menjelaskan perkara tersebut dalam satu wawancara di stesen radio Warna 942 pada Khamis malam (19 Mac).
"Dalam agama, panduan yang diajar Nabi s.a.w dalam penentuan awal Ramadan dan Syawal, dan bulan-bulan lain, ia tertakluk kepada kedudukan anak bulan. Panduannya adalah untuk melihat cerap anak bulan tetapi dengan kemajuan sains dan teknologi dan ilmu falak, serta perkiraan hisab - kerana matematik itu sangat tepat untuk kedudukan anak bulan, matahari," kata Dr Nazirudin.
"Daripada perkiraan itu, boleh menentukan anak bulan itu boleh dilihat atau tidak, boleh buat keputusannya. Walaupun ada kemajuan sains, banyak negara yang masih mengamalkan pencerapan, iaitu keluar melihat anak bulan," tambah beliau.
Pendekatan kiraan hisab untuk menentukan awal bulan dalam kalendar Islam itu sudah digunakan Singapura sejak 1974 lagi di bawah pimpinan dan bimbingan Mufti Negara pada ketika itu, Almarhum Sheikh Syed Isa Semait.

PERBEZAAN TARIKH DENGAN NEGARA JIRAN BOLEH BERLAKU
Pada 2022, timbul kekeliruan apabila Singapura dan negara-negara jiran termasuk Malaysia menyambut Aidilfitri pada tarikh yang berbeza.
Ini meskipun mereka menyambut Ramadan pada tarikh yang sama.
Dr Nazirudin menjelaskan bahawa perbezaan menentukan tarikh bulan-bulan Islam, terutama antara negara-negara jiran bukan sesuatu yang mustahil.
Beliau berkata, "Ia bukan hanya unik untuk kita (Singapura dengan Malaysia). Bahkan Malaysia dengan Brunei pun. Juga, negara-negara Arab, Arab Saudi, Oman, Yaman, Mesir. Mereka di rantau sama tetapi sangat biasa bahawa permulaan bulan Syawal berbeza. Contohnya, untuk awal Ramadan, kita lihat Mesir, Oman, meski mereka berjiran dengan Arab Saudi tetapi mereka memulakan Ramadan berbeza. Ada kata anak bulan ada, ada kata tidak."
Menurut Dr Nazirudin, ia tidak menjadi satu masalah dalam agama dan pernah berlaku pada zaman dahulu.
"Yang penting adalah kedudukan anak bulan di mana kita berada, dan balik kepada kedaulatan sesuatu negara. Mereka berdikari untuk menentukan, asalkan ia mengikut prinsip agama. Ini bukan perkara mustahil dan tidak perlu dipertikaikan," jelas beliau.
Sebelum ini, pendekatan Imkanur Rukyah iaitu kiraan hisab sudah disepakati negara-negara di bawah Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
“Imkanur rukyah iaitu boleh atau tidak anak bulan itu dilihat? Negara-negara MABIMS, mereka bersetuju sejak 1992 untuk ikut kriteria semua MABIMS gunakan. Kesatuannya adalah pada persetujuan untuk kriteria itu walaupun akhirnya, dalam menentukan itu, ikut pada keputusan masing-masing. Mengikut kriteria itu jarang berlaku perbezaan tetapi boleh berlaku," ujar Dr Nazirudin.

TEKNOLOGI CANGGIH BANTU TENTUKAN PENETAPAN AWAL BULAN
Mengikut peredaran masa, teknologi juga sudah mula timbul dalam bidang ilmu falak.
Dr Nazirudin menjelaskan bahawa masih ada beberapa teknologi yang berkaitan pengimejan yang belum digunakan berleluasa di seluruh dunia secara berleluasa.
Misalnya, penggunaan teknologi 'Charged-Coupled Device' (CCD) yang boleh digunakan untuk melihat kedudukan anak bulan.
Ia mampu mengesan anak bulan yang sangat malap – sesuatu yang mustahil kadangkala mustahil dilihat.
"Contoh, anak bulan yang tidak begitu jelas, ia seperti benang putih yang di bawah cahaya, memang halus. Jadi ada beberapa teknologi (seperti ini) yang boleh membantu," kata Dr Nazirudin.
Namun, beliau menegaskan bahawa penggunaan teknologi masih dibincangkan oleh para ulama - perlu atau tidak digunakan?
Bahkan, penggunaan kamera CCD belum mendapat persetujuan daripada kesemua negara anggota MABIMS.
Dr Nazirudin berkata: "Panduan agama adalah untuk 'melihat'. Bila digunakan teknologi baharu, bagi Singapura, masih belum tentu boleh nampak. Cuma, kalau nak digunakan, perlu kemas kini kriteria yang sudah kita gunakan. Dalam apa pun teknologi dan pendekatan, ia untuk memudahkan. Ia bukan untuk menyukarkan dan memecahbelahkan."
Apa pun pendekatannya, beliau menegaskan lebih penting lagi aspek pemahaman masyarakat dalam hal-hal seperti ini.
"Untuk masa akan datang, bukan hanya penggunaan teknologi tetapi pemahaman masyarakat. Bagaimana ia membantu kehidupan masyarakat agar tidak tertimbul kerisauan dan sebagainya. Istilah 'patutnya kita ikut' perlu diketepikan juga. Kita perlu ingatkan diri bahawa agama adalah mudah, supaya dapat diamalkan dengan baik," jelas Dr Nazirudin.
Tahun ini, Singapura sambut Aidilfitri pada tarikh yang sama dengan negara-negara jiran termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.