Hidup bersama antara generasi: Pilihan perumahan baharu bagi warga emas di Singapura?
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SLA
SINGAPURA: Menjelang 2026, Singapura dijangka mencapai status "super-aged", yang merujuk kepada sesebuah negara yang mempunyai sekurang-kurangnya 21 peratus penduduknya berusia 65 tahun dan ke atas.
Menjelang 2030, nisbah itu akan meningkat kepada satu daripada empat rakyat.
Dalam melakukan persediaan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang menua dengan pesat, pemerintah menyatakan pihaknya akan terus memperluaskan pilihan perumahan bagi warga emas - dan sebuah model baharu kelihatan sedang diterokai.
Penguasa Darat Singapura (SLA) pada Jun lalu melancarkan tendernya yang pertama bagi "konsep yang menyokong cadangan hidup bersama warga senja" di hartanah negara.
Agensi tersebut menyatakan pihaknya menyaksikan permintaan bagi ruang hidup bersama. Sejak dua tahun lalu, SLA melancarkan sebanyak tujuh tender hartanah negara secara keseluruhannya bagi kegunaan hidup bersama, dan menarik lebih 70 bidaan.
"Sedang penduduk Singapura menjadi matang, pengendali industri berkongsi keinginan mereka untuk menyediakan lebih banyak pilihan tempat tinggal bagi menyokong warga emas yang berdikari," agensi itu memberitahu Mediacorp.
Dalam pada itu, tender bagi 98 Henderson Road - yang dahulunya merupakan lokasi Sekolah Rendah Henderson - di mana SLA berharap dapat menggalakkan "konsep hidup bersama antara generasi dengan pilihan tempat tinggal mesra warga emas".
"Ini bertujuan untuk menyokong warga emas yang mungkin mempertimbangkan kemudahan hidup bersama dengan pajakan jangka pendek yang berbeza daripada apartmen hidup berbantu (assisted living) atau penjagaan komuniti, kerana ia menawarkan alternatif hidup berdikari untuk warga emas yang tidak memerlukan rawatan perubatan atau bantuan pergerakan," jelas pihak berkuasa itu.
BAGAIMANA PASTIKAN IA PENUHI KEPERLUAN WARGA EMAS?
Para pakar yang ditemui Mediacorp mengalu-alukan usaha terbaharu itu untuk membangunkan pilihan kediaman penjagaan warga emas baharu, di tengah-tengah permintaan yang semakin meningkat.
Pilihan yang sedia ada termasuk Kampung Admiralty, iaitu "kampung persaraan" pertama Singapura yang mempunyai perumahan awam bagi warga emas, yang dilengkapi dengan kemudahan jagaan kesihatan dan kebajikan di kawasan yang sama.
Sebuah "kampung" kedua di Yew Tee dijangka siap menjelang 2027.
Singapura juga mempunyai apartmen penjagaan komuniti yang menyepadukan reka bentuk perumahan mesra warga emas dengan penjagaan di tapak dan perkhidmatan sosial.
Tidak seperti Kampung Admiralty, penduduk di apartmen hidup berbantu tersebut mesti melanggani pakej perkhidmatan yang merangkumi bantuan seorang pengurus komuniti yang boleh mengatur pemeriksaan kesihatan asas dan tindak balas kecemasan 24 jam.
Kunci bagi flat pertama seumpanya itu, yang terletak di Bukit Batok, akan diserahkan kepada para penduduk nanti pada 2024.
Di sektor swasta pula, sebilangan kemudahan hidup dibantu wujud, seperti St Bernadette Lifestyle Village di mana lapan hingga 10 warga emas mempunyai bilik mereka sendiri di rumah tanah bertanah dan disediakan penjagaan sepanjang masa, di samping perkhidmatan lain.
Namun, lebih banyak yang boleh dilakukan untuk memenuhi pelbagai keperluan warga emas yang sedia ada dan akan datang.
"Sama ada penuaan di tempat, kehidupan dibantu atau kehidupan bersama warga emas, semuanya adalah pilihan yang baik untuk dimiliki di Singapura kerana kita memerlukan pilihan perumahan yang berbeza untuk memenuhi keperluan yang berbeza berdasarkan umur, keadaan keluarga atau pilihan individu," kata Cik Chia Hui Xiang, seorang penyelidik dari Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Nasional Singapura (NUS).
HUBUNG ANTARA GENERASI
Dalam kes tender 98 Henderson Road, tapak itu terletak betul-betul bersebelahan dengan bekas Sekolah Menengah Henderson - hartanah negara yang diubah menjadi ruang yang menempatkan pusat jagaan kanak-kanak, rumah jagaan, pusat dialisis dan ladang bandar.
Ini memberikan peluang kerjasama antara kemudahan hidup bersama baharu dan masyarakat yang sedia ada, seperti lawatan yang dilakukan secara berkala oleh para pelajar dari pusat jagaan kanak-kanak atau bahkan kerja sambilan di ladang bandar, kata Cik Janice Chia, pengasas dan pengarah urusan perusahaan sosial Ageing Asia.
"Pokoknya, ini mengenai bagaimana seorang warga emas yang tinggal di sana boleh mempunyai lebih banyak akses kepada gaya hidup yang lebih menarik dan sihat dengan lebih banyak interaksi sosial."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.