Hidung pemandu Grab patah dalam serangan; lelaki 39 tahun akan didakwa
Seorang lelaki didakwa pada Rabu (25 Sep) kerana memaki hamun dan menyerang seorang pemandu Grab sehingga menyebabkan hidungnya patah, menurut pihak polis pada Selasa (24 Sep).
(Gambar hiasan: Facebook/Grab)
SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa pada Rabu (25 Sep) kerana memaki hamun dan menyerang seorang pemandu Grab sehingga menyebabkan hidungnya patah, menurut pihak polis pada Selasa (24 Sep).
Pertikaian antara tertuduh yang berusia 39 tahun dengan pemandu Grab itu berlaku pada 14 Apr di Geylang.
Lelaki itu didakwa atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dan menyerang, menurut polis, tanpa mendedahkan identiti mangsa atau tertuduh.
Dalam kes berasingan, dua lelaki lain akan didakwa pada Rabu kerana memaki hamun para pekerja pengangkutan awam.
Seorang lelaki berusia 38 tahun dituduh menyerang dan memaki seorang pemandu teksi semasa berlaku pertikaian di Ang Mo Kio Avenue 1 pada 14 September tahun lalu.
Dia akan didakwa kerana sengaja mengakibatkan kecederaan dan menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang pekerja perkhidmatan awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.