Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hiasan lampu Disney Orchard Road 'mengecewakan', kubur makna sebenar perayaan

Majlis Gereja Kebangsaan Singapura (NCCS) pada Jumaat (23 Nov) menyifatkan hiasan lampu sempena perayaan Krismas di Orchar Road sebagai "mengecewakan" kerana meletakkan fokus eksklusif kepada watak-watak Disney. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hiasan lampu Disney Orchard Road 'mengecewakan', kubur makna sebenar perayaan

(Gambar: Persatuan Perniagaan Orchard Road)

Diterbitkan : 24 Nov 2018 12:48AM Dikemas Kini : 24 Nov 2018 12:55AM

SINGAPURA: Majlis Gereja Kebangsaan Singapura (NCCS) pada Jumaat (23 Nov) menyifatkan hiasan lampu sempena perayaan Krismas di Orchard Road sebagai "mengecewakan" kerana meletakkan fokus eksklusif kepada watak-watak Disney. Ini sekaligus menyimpang dari makna sebenar di sebalik perayaan itu.

Dalam surat yang dikirimkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura (STB) Keith Tan, NCCS menyatakan bahawa ia "sangat prihatin" tentang "unsur sekularisme dan pengkomersilan sambutan Krismas" di Singapura, dan bagaimana hiasan lampu Disney satu bentuk pemasaran "secara berlebih-lebihan".

"Kerana Krismas sememangnya satu perayaan agama, Krismas tidak boleh dilihat sebagai cara untuk menjana pendapatan atau peluang untuk memasarkan satu jenama komersil," tulis NCCS dalam suratnya, yang ditandatangani Setiausaha Agung NCCS Reverend Ngoei Foong Nghian.

Tahun ini merupakan kali pertama hiasan lampu di Orchard Road bertemakan Disney dalam acara tahunannya yang kini mencecah 35 tahun. Projek itu hasil kerjasama antara Syarikat Asia Tenggara The Walt Disney, Persatuan Perniagaan Orchard Road dengan Lembaga Pelancongan Singapura.

Hiasan lampu dinyalakan sepanjang 2.88 kilometer Orchard Road - dari Tanglin Mall ke Plaza Singapura - sejak 10 November lalu. Ia menampilkan watak-watak Disney dan Pixar seperti Mickey Mouse, Cinderella, Elsa dan Woody.

Dalam suratnya yang bertarikh 19 Nov dan turut dimuat naik ke laman NCCS, Dr Ngoei berkata majlis tersebut prihatin tentang hiasan lampu berkenaan - kerana secara eksklusif menumpukan perhatian kepada watak-watak Disney - yang tiada kaitan bermakna dengan Krismas, hari sempena meraikan kelahiran Jesus Christ.

"Krismas diraikan secara meluas di Singapura dan banyak lagi tempat di merata dunia oleh mereka yang bukan penganut Kristian," tulis Dr Ngoei.

"Kami juga faham kepentingan STB dan Persatuan Perniagaan Orchard Road memanfaatkan suasana perayaan yang berkait dengan Krismas bagi menarik lebih ramai pelancong dan rakyat Singapura ke Orchard Road," tambahnya.

Dengan meletakkan tumpuan kepada watak-watak Disney, bagaimanapun, "makna sebenar Krismas seolah-olah terkubur di bawah kegiatan pemasaran secara besar-besaran ini," tulis Dr Ngoei.

Beliau menjelaskan majlis tersebut "umumnya tidak menentang penggunaan watak-watak Disney", hanya hairan mengapa tumpuan hanya diletakkan kepada Disney sedangkan "ia nyatanya satu perayaan agama".

Beliau berharap STB akan mengambil kira pandangan NCCS, terutama sekali berkenaan kerjasama tiga tahunnya dengan Disney, yang diumumkan tahun lalu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan