Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hiasan Krismas dengan 'salji' di Marsiling

Suasana Krismas di Marsiling dimeriahkan dengan sebuah hiasan pondok kayu diliputi salji serta teman-teman Santa Claus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Dec 2018 05:02PM Dikemas Kini : 25 Dec 2018 10:41PM

SINGAPURA: Suasana Krismas di Marsiling dimeriahkan dengan sebuah hiasan pondok kayu diliputi salji serta teman-teman Santa Claus.

Ia dibina seorang penduduk Marsiling yang sudah membuat hiasan Krismas di kawasan kejiranannya sejak sedekad lalu. Hiasan pada tahun ini merupakan yang paling besar dan gah.

Di satu sudut berhampiran tempat letak kereta di Marsiling, terletaknya sebuah pondok kayu setinggi 4.5 meter dengan kereta luncur salji Santa Claus.

Encik Tan Koon Tat, seorang tukang kayu, membuatnya dengan bantuan keluarga beliau.

Hiasan-hiasan itu mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan.

Berbanding dengan hiasan yang disiapkan Encik Tan pada masa-masa lalu, hiasan Krismas beliau tahun ini lebih terperinci dan menerapkan saranan-saranan dari orang ramai.

Majlis bandaran kawasan itu pula turut memberikan sokongan dengan membekalkan tenaga elektrik bagi menghidupkan lampu-lampu pada hiasan tersebut. 

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan