Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hias indah koridor flat Tampines untuk balas jasa jiran tetangga

Apabila ibu Encik Abdullah Abdul Rahman jatuh sakit, jiran-jiran tetangga beliau dengan rela hati menghulurkan bantuan.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Apabila ibu Encik Abdullah Abdul Rahman jatuh sakit, jiran-jiran tetangga beliau dengan rela hati menghulurkan bantuan.

"Saya terharu dengan jiran tetangga. Mereka banyak bantu emak saya waktu sakit, ziarah emak, memberi beliau makan," kongsi beliau.

Ibunya meninggal dunia empat bulan lalu, namun jiran-jirannya blok 117 Tampines Street 11 tetap prihatin akan kebajikan Encik Abdullah.

"Mereka sudah saya anggap seperti ibu saya", kata beliau.

Sebagai penghargaan buat jiran-jirannya, beliau menghiasi indah sepanjang koridor dan lobi lif di tingkat empat blok beliau sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

Namun ini bukan kali pertama beliau menghiasi kawasan koridor sempena perayaan kerana sering melakukannya untuk perayaan lain dan sambutan hari kebangsaan.

(Dari kiri) Jasmah Mohd Isa, Rasida Rahman, Lily Ho, Nancy Tan dan Abdullah Abdul Rahman. (Gambar: BERITA Mediacorp/Rosli A Razak)

Salah seorang jiran tersebut adalah Cik Jasmah Mohd Isa.

"Meriah tengok lampu lampu ini. Selalu tidak sambut Hari Raya di sini tetapi pada tahun ini Cik sambut di sini. Cucu semua kata cantik rumah nenek., " kata beliau.

Cik Rasida Rahman pula berkata: "Tahun ini lagi istimewa. Kita sudah boleh ziarah menziarahi. Tidak ada had sekarang. Jangan kata tetamu, adik beradik saya kalau datang sini, dia mesti lihat lampu."

Menurut Abdullah, beliau hanya membelanjakan sekitar $100 untuk perhiasan kali ini.

Ini kerana belau menggunakan semula perhiasan-perhiasan lama atau yang dikitar semula.

"Saya mengambil empat kotak kain-kain yang hendak dibuang dari sebuah gudang di Yishun dan menggunakannya untuk hiasan, " kongsi Abdullah.

Selain itu, beliau menggunakan lampu lap lip jenis solar, yang menggunakan bateri yang boleh dicaj semula

Lampu-lampu tersebut juga hanya dibuka selama empat jam setiap malam agar jimat tenaga.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan