HGEF perkasa kanak-kanak dengan kemahiran selamatkan nyawa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 64 kanak-kanak daripada keluarga pesalah dan bekas pesalah diberi peluang mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa dalam acara anjuran Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) yang berlangsung pada Sabtu (28 Dis) di Yayasan MENDAKI.
Mereka diajar cara memadamkan kebakaran, melaksanakan bantuan pernafasan (CPR), dan menggunakan alat defibrilator luaran automatik (AED).
Menurut Setiausaha Kehormat HGEF, Haslinda Putri Harun, sesi itu memperkasa kanak-kanak dengan kemahiran baharu, di samping memberikan sokongan holistik yang dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.

"Menganjurkan kursus menyelamatkan nyawa adalah penting kerana ia memberi kuasa kepada kanak-kanak ini untuk mengambil tindakan segera dalam kecemasan. Apabila pihak SCDF menyediakan pengetahuan dan kemahiran untuk bertindak balas dengan berkesan, anak-anak ini mungkin berpotensi menyelamatkan nyawa sebelum bantuan profesional tiba," kata CIk Haslinda kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.
HGEF juga ingin memupuk budaya keselamatan dan tanggungjawab.
"Kami mahu kanak-kanak ini keluar daripada pemikiran mangsa dan menjadi lebih cenderung untuk menjadi wira yang membantu orang lain," tambah beliau.
Acara itu turut dihadiri oleh tetamu terhormat, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Beliau mengalu-alukan usaha HGEF dalam memperkasa kanak-kanak dengan kemahiran kehidupan penting tersebut.
"Mereka mengadakan nilai tambah dalam membangunkan kemahiran kehidupan para keluarga ini. Saya rasa amat baik kerana dengan adanya sokongan yang lebih mantap daripada masa lampau yang diberikan kepada para banduan, kami boleh melakarkan aspek-aspek nilai tambah ini dan ia merangkumi satu proses yang holistik di mana kita mahu menyokong para banduan dan keluarga mereka, terutama anak-anak mereka," kata Dr Faishal.
"Justeru, mereka boleh meneruskan kehidupan mereka untuk membangunkan daya saing dengan daya tahan dan juga pendidikan serta bagaimana mereka boleh membangunkan keluarga bukan sahaja yang kukuh, tetapi yang tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam masa kecemasan," tambahnya.
Setiap kanak-kanak turut membawa pulang satu set pemadam api dan kit bantuan kecemasan bernilai S$60.
Sepanjang dua dekad, HGEF sudah mengagihkan lebih S$780,000 untuk bantu pendidikan 3,000 pelajar keluarga pesalah dan bekas pesalah dadah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.