Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Herbal Pharm orak langkah dakapi kemampanan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Herbal Pharm, iaitu syarikat tempatan pengeluar produk-produk berasaskan sumber makanan dengan khasiat tambahan bagi kesihatan, mengorak langkah ke arah kemampanan dan memperkenalkan lapik gelas canggih - BetterU Disk - yang boleh membantu memperkuat daya imun.

Syarikat yang amat dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam Singapura itu percaya bahawa ia penting untuk mewujudkan masa hadapan yang lebih baik untuk semua dan giat mengambil langkah untuk mengurangkan jejak karbon dan menggalak usaha melindungi alam sekitar - satu langkah yang bukan mudah dalam industri nutraseutikal dan makanan tambahan.

DAKAPI KEMAMPANAN: JIMAT LEBIH 2,500 PLASTIK

Dalam usahanya mendakapi kemampanan, yang disifatkan sebagai sejajar dengan misi syarikat, Herbal Pharm sudah melaksanakan beberapa langkah.

Ini termasuk menggunakan bahan-bahan bungkusan yang lebih mesra alam sekitar, lampu-lampu jimat tenaga elektrik dan sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui dalam pengilangan dan operasi.

Satu inovasi utama dalam proses pembungkusan adalah menukar botol-botol plastik bagi makanan tambahan keluaran Herbal Pharm kepada tin aluminium. Ini berjaya mengurangkan penggunaan lebih 2,500 plastik.

Malah, Herbal Pharm merupakan syarikat nutraseutikal pertama yang mengeluarkan bungkusan aluminium sedemikian bagi makanan tambahan.

Syarikat itu juga bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan ekologi dan kemampanan seperti Zero Waste SG serta Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk memanfaatkan kepakaran, rangkaian dan masyarakat untuk mempertingkat rangka kerja kemampanan.

Kempen Bring Your Own (Bag) atau Bawa Beg Sendiri yang dijalankan di cawangan-cawangan Herbal Pharm mencatat pengurangan 70 peratus penggunaan plastik dan beg kertas dalam tempoh tiga bulan.

Herbal Pharm juga berhasil memperkemas usaha-usaha dan kecekapan dalam langkah mengitar semula, membawa kepada 2,314.83 kilogram pf bahan bungkusan yang dikitar semula. Ini termasuk 64,841 tin dan hampir 300kg kadbod dan kertas pada 2022.

BETTERU DISK: LAPIK GELAS CANGGIH UNTUK KESIHATAN

Herbal Pharm juga melancarkan satu inovasi yang dipanggil BetterU Disk.

Sekali pandang, ia kelihatan seperti lapik gelas biasa. Namun, lapik gelas BetterU Disk, yang diperbuat daripada aloi seramik, berupaya mengeluarkan bahan unik yang terdiri daripada terahertz dan gelombang spektrum radiasi elektromagnet atau 'far-infrared'.

Ia menyusun semula struktur molekular cecair dan zarah yang diletakkan di atasnya. Ia juga membolehkan air diserap dengan mudah ke dalam sel-sel tubuh. Sisa dan toksin pula keluar dengan lebih baik daripada tubuh dan merangsang sistem daya imun.

Air merupakan asas kehidupan dan menyumbang kepada 70 peratus komposisi tubuh. Ia memainkan peranan penting bagi fungsi-fungsi tubuh seperti penghadaman, pengaliran dan penyesuaian suhu.

Dengan menyasarkan air sebagai perangsang kesihatan, dipermudahkan pula dengan lapik gelas yang mudah digunakan, Herbal Pharm percaya ia boleh mempertingkat dengan ketara tahap kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh bagi individu-individu yang sibuk.

Teknologi salutan khas produk tersebut memperbaiki penyerapan semua cecair, termasuk makanan tambahan, produk penjagaan kesihatan serta ubat-ubatan.

Ini membawa kepada pengaliran darah dan keadaan kulit yang lebih baik. Selain itu, luka yang dialami juga akan dapat sembuh dengan lebih cepat, usus bertambah sihat, tahap tenaga dan kesejahteraan menyeluruh lebih baik tanpa perlu menghadam apa-apa.

Apabila lapik tersebut digunakan, para pengguna akan menyedari bahawa rasa minuman mereka lebih baik disebabkan pengeluaran asid amino.

"BetterU Disk adalah pengubah keadaan dalam industri jagaan kesihatan dan sejajar dengan usaha kemampanan Herbal Pharm memandangkan ia peka dengan alam sekitar, kerana ia boleh dicaj dan tidak memerlukan bateri pakai buang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Herbal Pharm, Kanan Packrisamy.

"Setiap usaha penting dan setiap produk Herbal Pharm juga akan disemak serta diteliti agar lebih sejajar dengan matlamat kemampanan kami," ujar beliau.

Pada Mei 2023, Herbal Pharm juga komited untuk melaksanakan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memainkan peranannya menangani cabaran-cabaran sosial, ekonomi dan sekitaran yang dihadapi dunia sekarang ini.

BetterU Disk dijual pada harga S$80 dan boleh dibeli di laman www.herbalpharm.com atau mana-mana cawangan Herbal Pharm.
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan