Hentak kepala bayi di lantai van, Mohamed Aliff kini dikenakan tuduhan bunuh
Seorang lelaki warga Singapura 27 tahun yang dituduh menghentak kepala bayi berusia sembilan bulan di lantai sebuah van, dikenakan dakwaan membunuh pada Jumaat (15 Nov).
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura 27 tahun yang dituduh menghentak kepala bayi berusia sembilan bulan di lantai sebuah van, dikenakan dakwaan membunuh pada Jumaat (15 Nov).
Mohamed Aliff Mohamed Yusoff pada awalnya didakwa menyebabkan kecederaan parah secara sengaja. Namun kini dakwaan ditambah setelah mangsa meninggal dunia pada 8 November akibat kecederaan yang dialaminya.
Menurut dokumen mahkamah, Aliff didakwa menghentak kepala mangsa, Izz Fayyaz Zayani Ahmad antara pukul 10.00 malam dengan 12.15 pagi pada 7 November malam di tempat meletak kereta blok 840A Yishun Street 81.
Budak itu dilaporkan meninggal dunia pada 8 November dan dikebumikan dua hari kemudian.
Jika sabit kesalahan membunuh, Aliff boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup serta rotan.
Meskipun sebab berhubung serangan itu belum lagi diketahui, akhbar berbahasa Mandarin Shin Min Daily News melaporkan bahawa Aliff adalah teman lelaki ibu mangsa.
Aliff, yang masih ditahan reman, akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 22 November bagi sebutan lanjut kesnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.