Skip to main content

Singapura

Heng Swee Keat: Agenda Belanjawan 2019 "menyeluruh"

Belanjawan tahun ini akan meliputi satu "agenda menyeluruh", termasuk langkah-langkah bagi memastikan industri Singapura boleh terus menjalani perubahan di samping menumpukan perhatian kepada cara-cara memastikan negara ini terus selamat dan aman.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Feb 2019 05:00PM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 12:13AM

SINGAPURA: Belanjawan tahun ini akan meliputi satu "agenda menyeluruh", termasuk langkah-langkah bagi memastikan industri Singapura boleh terus menjalani perubahan di samping menumpukan perhatian kepada cara-cara memastikan negara ini terus selamat dan aman.

Demikian menurut Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa lawatannya ke pengendali pelabuhan PSA Singapore pada hari pertama Tahun Baru Cina.

"Ada beberapa perkara utama yang akan dibentangkan dan saya akan menumpukan fokus kepada isu memastikan Singapura kekal selamat dan aman, terus merubah industri, mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru bagi para pekerja kita dan membolehkan mereka mempelajari kemahiran-kemahiran baru," kata Encik Heng.

"Khususnya membuka peluang kepada syarikat-syarikat kita untuk membina keupayaan supaya dapat berdaya saing pada tahun-tahun mendatang dan pada masa yang sama, menjaga sekitaran serta taraf hidup di Singapura," tambah beliau.

Encik Heng juga berkata, butiran tentang Pakej Generasi Merdeka akan diumumkan apabila Belanjawan dibentangkan pada 18 Feb.

Pada Sabtu (2 Feb), Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengatakan bahawa pakej tersebut akan menawarkan banyak manfaat bagi menghargai sumbangan mereka yang dilahirkan pada tahun 1950-an, kepada kejayaan Singapura.

Rakyat Singapura yang dilahirkan pada tahun 1949 atau lebih awal - yang terlepas Pakej Generasi Perintis, tetapi memperolehi status kerakyatan menjelang 31 Dis 1996 juga layak bagi pakej tersebut.

Semasa lawatannya di PSA Singapore hari ini (5 Feb), Encik Heng ditemani Timbalan Setiausaha Agung NTUC Dr Koh Poh Koon, Menteri Negara Kanan Pengangkutan Dr Lam Pin Min, dan para pemimpin kesatuan.

Mereka melahirkan penghargaan kepada lebih 1,000 kakitangan - termasuk para pengendali kren, pemandu lori dan teknisyen-teknisyen perolehan perkhidmatan kerana bekerja pada hari cuti dan memastikan operasi pelabuhan berjalan lancar.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita