Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Heart Bakers@Timur Laut" hasilkan 1,100 biskut untuk tujuan amal sempena NDP

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 1,140 botol biskut 'cornflakes' dihasilkan sekumpulan kaum hawa di bawah Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Timur Laut bagi satu tujuan amal sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Niat murni mereka itu adalah usaha mereka menyumbang kembali kepada masyarakat selepas meraih manfaat daripada kursus 'Heart Bakers" anjuran CDC tersebut.

Dalam kalangan mereka adalah Cik Sitti Haifah Riclawi, 47 tahun, Cik Normah Ahmad, 70 tahun serta teman-temannya.
Mereka gigih membuat biskut 'cornflakes' di dapur Bizlink sejak tiga minggu lalu.

Biskut-biskut yang dihasilkan itu dibeli para penduduk kawasan Timur Laut dan syarikat korporat untuk didermakan kepada lebih 1,100 keluarga yang memerlukan di kawasan tersebut.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada acara sambutan Hari Kebangsaan @ Timur Laut pada tahun ini.
Bagi Cik Sitti dan Cik Normah, ia satu peluang untuk menyumbang kembali kepada masyarakat setelah mengikuti kursus 'Heart Bakers" anjuran CDC itu.

Kursus itu dikhususkan bagi mereka dari keluarga-keluarga memerlukan.

Mereka diajar kemahiran membuat kuih dan selok-belok berniaga dari rumah dengan memanfaatkan media sosial.

"Saya ingin berkongsi dengan orang-orang di luar sana apa yang telah kita pelajari dan juga untuk orang-orang yang berpendapatan rendah supaya mereka rasa dihargai sangat.

Saya rasa dengan sokongan teman-teman walaupun penat, saya rasa berbaloi sebab kita memberikan kegembiraan kepada orang lain," kata Cik Sitti Haifah yang merupakan ibu kepada empat orang anak.

Bagi Cik Normah pula, ini bukan kali pertama beliau menyertai kegiatan amal.

Malah pesara yang pernah bertugas sebagai seorang pegawai pentadbiran turut aktif berkongsi kemahiran bersama kaum hawa lain.

"Saya juga aktif bersama kumpulan di kawasan Kaki Bukit di mana saya berkongsi pengalaman memasak dan membuat kuih dengan kaum hawa lain," kongsi Cik Normah.

Petang tadi (4 Ogos), Datuk Bandar Timur Laut Encik Desmond Choo disertai kira-kira lebih 40 sukarelawan dari Grab dan pertubuhan akar umbi daerah itu untuk mengagihkan-agihkan biskut serta barangan lain kepada para penduduk di Tampines Street 22.

Pengagihan selanjutnya akan dilakukan pada 13 dan 14 Ogos.
Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan