Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB terima purata 160 rayuan setahun antara 2019-2023 mengenai pembelian atau penyewaan flat

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menerima purata 160 rayuan setahun dari 2019 hingga 2023 mengenai pembelian atau penyewaan flat awam.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menerima purata 160 rayuan setahun dari 2019 hingga 2023 mengenai pembelian atau penyewaan flat awam.

Rayuan-rayuan itu difailkan oleh pasangan yang tidak memenuhi syarat kerakyatan dan di mana salah seorang pasangan warga Singapura berusia bawah 35 tahun.

Untuk melayakkan diri, warga Singapura yang berkahwin dengan penduduk bukan rakyat tempatan mestilah mempunyai anak yang merupakan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap (PR).

Sungguhpun demikian, Menteri Negara Pembangunan Negara Muhammad Faishal Ibrahim berkata dalam tempoh lima tahun lalu, HDB meluluskan 13 rayuan sedemikian setiap tahun.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Gerald Giam mengenai jumlah rayuan untuk membeli atau menyewa flat awam oleh pasangan-pasangan sedemikian.

Menurut Dr Faishal, setiap rayuan dinilai dengan teliti berdasarkan beberapa faktor.

Ini termasuk keperluan isi rumah dan kedudukan kewangan mereka.

"Ia mengenai bagaimana kita mengutamakan sumber. Namun pada masa yang sama, kita melihat pada keadaan keluarga itu dan saya mahu memberi jaminan bahawa HDB bukan sahaja membenarkan rayuan dalam pelbagai keadaan, ia adalah sesuatu yang kita juga harus lihat berdasarkan kes," tegas Dr Faishal.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan