HDB siapkan garis panduan rekaan bagi puluhan estet perumahan untuk bantu jimat waktu buat penyelidikan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) memperkenalkan panduan reka bentuk untuk lebih separuh daripada 24 estet perumahan di Singapura.
Pertama kali HDB menyiapkan panduan tersebut adalah pada 2018, untuk menyertakan unsur-unsur warisan dan sejarah bandar ke dalam rancangan serta mengukuhkan identiti setiap bandar.
Panduan itu, yang boleh didapatkan di laman web HDB, akan membantu para arkitek menjimatkan masa ketika melakukan penyelidikan.
Sebagai contoh, di Pasri Ris, beberapa blok perumahan memaparkan tingkap kapal, yang mencerminkan sejarah bandar itu sebagai destinasi terkenal dengan pantainya.
Projek pembangunan akan datang di Costa Grove, di sepanjang Sungei Api Api pula menggabungkan unsur-unsur berinspirasikan pantai, seperti taman permainan bertemakan bakau yang menampilkan udang galah lumpur,
serta tempat berteduh yang diilhamkan oleh rumah kampung lama.
Salah seorang artitek yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan blok dan kawasan di Pasir Ris berkata para arkitek perlu meluangkan masa yang lama mengenai konteks sejarah setiap bandar tanpa panduan reka bentuk tersebut.
"Pada masa yang sama, ia memberikan kami gambaran tentang idea dan garis panduan pada masa depan, yang mungkin tidak disediakan untuk mereka yang terlibat dalam bidang ini serta arkitek," kata rakan kongsi LG Architects and Associates Terence Chua.
"Jadi ini membolehkan kami untuk membuat reka bentuk yang sehaluan, yang disediakan HDB bagi setiap rumah yang berbeza. Dan saya fikir perkara paling penting adalah, panduan reka bentuk ini berfungsi sebagai alat yang menyatukan pelbagai projek pada masa akan datang," tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.