HDB perkenal khidmat senarai flat jualan semula: Haruskah ejen hartanah dan portal senarai bimbang?

Gambar: Kum Seong Wan/iStock
Setakat ini, pengalaman tersebut "masih boleh ditangani", jelas Cik Goh, yang berusia 30-an tahun.
Mulai 13 Mei, penjual flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan ejen hartanah mereka boleh menyenaraikan rumah yang mahu dijual secara langsung di Portal Flat HDB.
Langkah itu mendorong Cik Goh dan suaminya untuk mempertimbangkan menjual flat mereka menggunakan khidmat itu kelak.
"Kami berunding dengan beberapa orang mengenai buruk baiknya menggunakan khidmat itu, dan kami juga mendapatkan nombor telefon ejen hartanah, sekiranya diperlukan," jelas Cik Goh.
"Tetapi jika ada platform yang dipercayai yang boleh membantu kami menjimatkan bayar komisen (ejen), kami akan pertimbangkannya."
Meskipun khidmat penyenaraian di portal HDB itu belum lagi dilancarkan secara rasmi, tetapi apabila ia siap kelak - dijangka bulan ini - pembeli boleh mengakses senarai flat jualan semula, selain flat Bina Ikut Tempahan (BTO).
Khidmat tersebut akan ditawarkan secara percuma "buat masa ini", menurut HDB. Hanya pembeli dengan surat kelayakan yang sah akan mendapat akses penuh kepada khidmat tersebut, seperti menjadualkan temu janji untuk melihat flat. Begitu juga bagi penjual, hanya mereka yang mendaftarkan niat untuk menjual boleh menyenaraikan rumah mereka di portal HDB itu.
HARUSKAH EJEN HARTANAH BIMBANG?
Khidmat penyenaraian HDB itu boleh mendorong lebih ramai pelanggan untuk membeli atau menjual rumah mereka tanpa menggunakan seorang ejen hartanah.
Hal tersebut diakui beberapa agensi hartanah.
Ini terutama sekali dalam "kes mudah, melibatkan urusan membeli dan menjual saja," jelas pengarah kanan analisis data Huttons Asia, Lee Sze Teck.
Namun, "banyak kes melibatkan lebih daripada itu" dan memerlukan kepakaran seorang ejen hartanah, tambahnya.
Bahkan, dalam perjanjian yang kurang rumit, ejen boleh menawarkan khidmat tambah nilai dan nasihat berhubung masalah yang mungkin timbul, peluang pasaran yang sesuai dan siasat pihak-pihak yang berminat, jelas beberapa ejen hartanah tersebut kepada Mediacorp.
Pengarah daerah bersekutu kanan di OrangeTee Group Cik Susan Mariam berkata : "Ejen yang sedang menguruskan kes yang mudah perlu bersiap sedia untuk mengubah pemikiran mereka. Kami adalah penyelesai masalah dan perunding, bukan hanya membantu membeli dan menjual."
PORTAL SEDIA ADA TIDAK JANGKA SEBARANG KESAN LANGSUNG
Hanya dua portal hartanah di Singapura membenarkan pemilik rumah memasarkan rumah mereka secara bebas, tanpa menggunakan khidmat ejen. Salah satu daripadanya ialah Ohmyhome, di mana perkhidmatannya ditawarkan secara percuma, manakala Mogul.sg mengenakan bayaran S$150 dan tanpa yuran komisen.
Beberapa ejen memberitahu Mediacorp bahawa mereka biasanya membelanjakan puluhan hingga ratusan ribu dolarsetahun untuk menyenaraikan hartanah. Meskipun perkhidmatan percuma HDB akan berfungsi sebagai platform tambahan untuk memasarkan hartanah, ia masih terlalu awal untuk membuat perbandingan dengan portal sedia ada yang digunakan ejen.
"Kami mahu membantu pelanggan mendapatakn pendedahan sebaik mungkin. Jadi pada akhirnya, kami akan membuat keputusan berdasarkan platform mana yang menarik jumlah pertanyaan paling banyak," ujar Pengarah Pemasaran Kanan ERA, Alex Zheng.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, portal hartanah tersebut mengatakan mereka mengalu-alukan insiatif pemerintah itu dan tidak menjangkakan sebarang kesan langsung terhadapnya.
PropertyGuru berkata ia berharap dapat membantu "mengoptimumkan industri hartanah" di Singapura, sementara 99.co menarik perhatian, ia tidak "banyak memikirkan tentang persaingan" dan melihatnya sebagai peluang untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa yang mempunyai "matlamat yang sama".
Kedua-dua portal itu bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan sama ada mereka akan memperkenalkan ciri-ciri baharu bagi menangani isu berkaitan pertindihan senarai hartanah dan harga yang berlebihan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.