HDB lanjutkan tarikh akhir penjualan BTO Mei selama 3 hari disebabkan gangguan pada sistemnya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melanjutkan pelancaran jualan flat bagi bulan Mei selama tiga hari bekerja selepas berlaku gangguan pada sistemnya sehingga menyebabkan sesetengah pengguna mengalami kesukaran semasa menggunakan portalnya.
Pelancaran bagi penjualan flat kini akan berakhir pada 8 Jun, bukan lagi tarikh asal 5 Jun, menurut HDB dalam catatan Facebooknya pada Khamis (1 Jun).
Demikian menurut HDB dalam satu hantaran Facebook pada Khamis (1 Jun).
"Ini untuk memberi lebih jaminan kepada para pembeli untuk membuat permohonan," dedah HDB.
Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum akhir 8 Jun dan tidak diproses berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Secara keseluruhannya, sebanyak 5,495 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dilancarkan bagi penjualan pada Selasa, yang merangkumi 5 projek di estet perumahan Bedok, Kallang Whampoa, Serangoon dan Tengah. Lagi 1,500 unit di bawah Jualan Baki Flat(SBF) turut ditawarkan untuk dijual kali ini.
Hampir 90 peratus daripada flat BTO, dengan empat daripada lima projek yang ditawarkan, mempunyai masa menunggu kurang daripada empat tahun.
Apabila penjualannya dilancarkan pada Selasa, sesetengah pemohon menyuarakan rungutan di Facebook HDB yang mendakwa mereka terpaksa menungguh di ruang menunggu maya (VWR) portal tersebut selama beberapa jam.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.