Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB lancar tender terbesar pasang panel suria di bawah program SolarNova

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Apr 2023 07:52PM Dikemas Kini : 06 Apr 2023 11:16PM
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan tender terbesar bagi memasang panel suria.

Agensi itu mahu memasang panel-panel suria di 1,075 blok perumahan awam menjelang lewat 2026.

Ia merangkumi flat di Aljunied, Hougang, Sengkang dan Nee Soon, sekali gus menjadikan bilangan blok HDB yang dipasang dengan panel suria kepada kira-kira 9,500.

HDB menyatakan pada Khamis (6 Apr) bahawa ia menetapkan matlamat untuk memasang panel suria pada sebanyak mungkin daripada lebih 10,000 blok flat di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Lagi 104 tapak pemerintah termasuk 55 sekolah rendah dan menengah, ibu pejabat Kementerian Ehwal Luar dan Menara B Hospital Khoo Teck Puat akan turut dipasang panel-panel suria, di bawah tender yang dilancarkan pada Khamis.

Dengan projek itu, kapasiti kuasa suria akan ditambah sebanyak 113 megawatt-peak (MWp) atau boleh membekalkankuasa kepada sekitar 28,000 flat.

Tenaga yang dijana daripada panel suria digunakan untuk perkhidmatan biasa seperti lif, lampu dan pam air pada waktu siang.

Lebihan daripada tenaga suria disalurkan ke grid elektrik.

Tender itu dilancarkan di bawah program SolarNova kendalian pemerintah yang menyelaraskan permintaan tenaga suria daripada pelbagai agensi dan dikendalikan bersama HDB dengan Lembaga Kemajuan Ekonomi.

HDB menyatakan tender terbaru dan yang kelapan itu akan menjadikan jumlah kapasiti tenaga surianya meningkat kepada 440MWp, iaitu mampu membekalkan kuasa kepada 110,000 flat empat bilik.

Sehingga kini, kira-kira 3,300 blok HDB telah dipasang panel suria.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan