HDB lancar tender bagi tapak kondominium eksekutif pertama di Pasir Ris selepas lebih 10 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Khamis (16 Mei) melancarkan tender awam bagi tapak kondominium eksekutif (EC) di Jalan Loyang Besar.
Ia merupakan tapak EC pertama di Pasir Ris setelah lebih 10 tahun.
Para penganalisis percaya, ada permintaan terpendam bagi EC setelah jarak masa yang lama.
Tapak terbaharu itu dijangka menarik sehingga enam pemaju untuk mengemukakan bidaan.
Harganya pula dijangka mencecah antara S$650 hingga S$700 sekaki persegi bagi nisbah setiap plot.
Projek itu diramal menarik pelbagai jenis pembeli, termasuk mereka yang inginkan perumahan privet atau mereka yang tidak layak bagi flat BTO.
Pengarah Kanan, Analitis Data Huttons Group Encik Lee Sze Teck berkata: "Bagi pembeli kali kedua, atau yang ingin flat HDB lebih besar, EC sangat menarik buat mereka.
"Kerana mereka tidak perlu membayar ABSD (cukai tambahan) apabila membeli EC baharu, kerana mereka diberi kelonggaran apabila mendapat kunci EC mereka. Selepas itulah mereka perlu menjual flat HDB sedia ada," tambahnya.

Sumber : CNA/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.