Skip to main content

Singapura

HDB lancar tender bagi tapak kondominium eksekutif di Bukit Batok West Avenue 5

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (28 Jun) melancarkan tender bagi tapak kondominium eksekutif di Bukit Batok West Avenue 5.

Anggaran Waktu Membaca:
 HDB lancar tender bagi tapak kondominium eksekutif di Bukit Batok West Avenue 5

(Gambar: HDB)

Diterbitkan : 28 Jun 2022 11:44AM
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (28 Jun) melancarkan tender bagi tapak kondominium eksekutif di Bukit Batok West Avenue 5.

Tapak itu, yang boleh menempatkan sekitar 495 unit perumahan, dibuka bagi untuk dijual oleh tender awam di bawah Senarai yang Disahkan bagi Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh pertama tahun ini, menurut HDB dalam kenyataan medianya.

Kawasan itu berukuran 16,623.7 meter persegi dan mempunyai tempoh sewa selama 99 tahun.

Tender itu akan ditutup tengah hari pada 13 September 2022.

Ia akan digabungkan bersama tapak-tapak perumahan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) di Lentor Central dan Lentor Hills, menurut HDB.

Pihak-pihak yang ingin mendapatkan tender tersebut boleh menghantar pertanyaan kepada HDB melalui emel.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita