Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB lancar tender bagi tapak kondominium eksekutif di Bukit Batok

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (23 Dis) melancarkan tender bagi tapak kondominium eksekutif di Bukit Batok West Avenue 8.

Tapak itu, yang berpotensi untuk dibina bangunan dengan kira-kira 375 unit, disenarai untuk dijual di bawah Senarai Disahkan Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) untuk separuh kedua tahun ini, menurut HDB dalam satu kenyataan media.

Kawasan itu berkeluasan 12,449.3 meter persegi - atau hampir seluas dua padang bola sepak - dan mempunyai tempoh pajakan selama 99 tahun.

Tender akan ditutup pada tengah hari pada 8 Mac 2022.

Ia akan digabungkan dengan tapak kediaman di Dairy Farm Walk, yang dilancarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Oktober di bawah Senarai Disahkan Program GLS 2H2021, menurut HDB.

Pihak berminat untuk menyerahkan tender boleh membuat pertanyaan kepada HDB menerusi emel.

Minggu lalu, pemerintah mengumumkan satu siri langkah untuk meredakan pasaran kediaman privet dan jualan semula HDB.

Ini termasuk menaikkan kadar Cukai Setem Tambahan Pembeli (ABSD), mengetatkan ambang Nisbah Pembayaran Hutang Keseluruhan (TDSR) dan menurunkan had Nisbah Antara Pinjaman dengan Nilai Hartanah (LTV) untuk pinjaman daripada HDB.

Langkah-langkah untuk meredakan pasaran perumahan privet dan awam bertujuan untuk "menggalak perumahan yang terus boleh dimampui", menurut Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pembangunan Negara (MND)dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam satu kenyataan bersama.

Agensi-agensi itu menyatakan bahawa langkah-langkah yang diambil untuk kediaman privet dilaksanakan dengan cara tersusun untuk mengurangkan permintaan meluas, terutamanya dalam kalangan mereka yang membeli hartanah untuk tujuan pelaburan dan bukannya dijadikan kediaman pemilik.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan