HDB lancar tender bagi tapak EC baharu di Miltonia Close
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) melancarkan tender bagi tapak Kondominium Eksekutif (EC) di Miltonia Close.
Ia di bawah Program Penjualan Tanah Pemerintah bagi separuh kedua tahun ini dan merupakan yang pertama seumpamanya dilancarkan di kawasan Yishun dalam tempoh 10 tahun.
Ia terletak bersebelahan Orchid Country Club dan dijangka menjana sekitar 430 unit EC, iaitu enam perhentian bas dari stesen MRT Khatib - satu faktor yang, menurut para penganalisis, boleh menjejas minat terhadap EC itu.
Sungguhpun demikian, pakar-pakar yakin bahawa tapak itu mungkin mendapat sehingga enam bidaan disebabkan kekurangan EC di daerah tersebut.

Sumber : CNA/AI/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.