Skip to main content

Singapura

HDB lancar lebih 7,000 flat BTO, termasuk projek pertama di Tengah

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (13 Nov) melancarkan 7,214 flat bagi penjualan di bawah skim Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Penjualan Flat Baki (SBF) bagi November 2018.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Nov 2018 01:09PM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 06:18PM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (13 Nov) melancarkan 7,214 flat bagi penjualan di bawah skim Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Penjualan Flat Baki (SBF) bagi November 2018.

Sebanyak 3,802 flat BTO ditawarkan di bawah lima projek: Empat di bandar bukan matang di Sembawang, Sengkang, Tengah serta Yishun dan satu lagi di bandar Tampines.

Lagi 3,412 flat ditawarkan di bawah skim SBF.

Related article image
Gambar flat-flat di Fernvale Acres di Sengkang. (Gambar: HDB)

Gambar flat-flat di Fernvale Acres di Sengkang. (Gambar: HDB)

Projek BTO di Tengah, iaitu Plantation Grove, adalah yang pertama untuk dilancarkan di bandar baru Tengah.

Sejajar dengan visi membangunkan Tengah sebagai sebuah "bandar perhutanan", bandar itu akan direka dengan ciri-ciri mampan dan mesra alam, serta memperuntukkan pelbagai ruang masyarakat, laluan berbasikal dan penggunaan lampu bijak di estet tersebut, tambah HDB.

Para pembeli projek BTO di Tengah juga diberi pilihan untuk melanggani sistem hawa dingin berpusat (CCS), iaitu yang pertama dirintis di sebuah estet HDB.

Sistem itu yang ditawarkan oleh SP Group menerusi satu kerjasama dengan HDB menawarkan pilihan alternatif yang berupaya menjimatkan tenaga berbanding sistem-sistem hawa dingin biasa.

Related article image
Gambar flat-flat di Melody Spring di Yishun. (Gambar: HDB)

Gambar flat-flat di Melody Spring di Yishun. (Gambar: HDB)

Bagi para pemohon flat di Sembawang, Sengkang dan Yishun pula, HDB akan menawarkan kumpulan pertama flat BTO dengan tempoh masa menunggu yang lebih singkat.

Mereka boleh mendapatkan kunci flat mereka sekitar dua hingga tiga tahun setelah membuat permohonan.

Related article image
Gambar flat-flat di EastGlen Canberra di Sembawang. (Gambar: HDB)

Gambar flat-flat di EastGlen Canberra di Sembawang. (Gambar: HDB)

PENJUALAN FLAT BAKI

Pelbagai jenis flat di beberapa lokasi dan harga jualan ditawarkan di bawah Penjualan Flat Baki, dengan sekitar 37 peratus sudahpun selesai dibina manakala yang lain masih dibangunkan.

Kawasan dengan jumlah besar flat yang ditawarkan termasuk Punggol (494), Tampines (388) dan Bukit Batok (329).

Permohonan bagi flat baru yang dilancarkan di bawah skim BTO dan SBF bagi November 2018 boleh dikemukakan secara online menerusi laman InfoWEB HDB, dari hari ini (13 Nov) hingga Isnin depan (19 Nov).

Pada Februari tahun depan, HDB akan menawarkan sekitar 3,100 flat di Jurong West, Kallang Whampoa dan Sengkang. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita