HDB lancar lebih 4,500 flat BTO; termasuk PLH di Bukit Merah & Queenstown
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 4,583 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di lima estet dilancarkan pada Jumaat (27 Mei), termasuk dua projek di bawah Model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) di Bukit Merah dan Queenstown.
Projek-projek lain dibangunkan di Toa Payoh, Jurong West dan Yishun, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam kenyataan medianya.
Lagi 1,952 flat turut ditawarkan di bawah skim Jualan Baki Flat (SBF).
HDB menyatakan projek ketiga di bawah model PLH, iaitu Bukit Merah Ridge, akan menawarkan 1,669 unit flat tiga dan empat bilik.
Terletak di kawasan antara Bukit Merah View, Henderson Road, Tiong Bahru Road dan Lower Delta Road, projek itu merangkumi lima blok setinggi antara 29 dan 48 tingkat.
Model PLH dilancarkan tahun lalu untuk memastikan semua flat HDB, termasuk yang terletak di lokasi utama dan bahagian tengah Singapura, kekal dimampui dan boleh diakses dari semasa ke semasa.
Dua projek pertama di bawah model baru itu terletak di kawasan Rochor dan dilancarkan pada November tahun lalu.

Projek keempat di bawah PLH, Ghim Moh Ascent di Bukit Merah, menawarkan 867 unit flat tiga dan empat bilik.
Projek berhampiran dengan Stesen MRT Buona Vista itu merangkumi empat blok, dengan dua blok setinggi 40 tingkat dan dua blok dengan ketinggian yang berbeza-beza antara lapan hingga 31 tingkat.
Harga untuk flat di Bukit Merah Ridge bermula dari S$377,000, tanpa geran, bagi flat tiga bilik dan S$540,000 untuk flat empat bilik.
Di Ghim Moh Ascent, harganya bermula dari S$369,000, tanpa geran, untuk flat tiga bilik dan S$511,000 bagi flat empat bilik.
Satu lagi projek di bahawa skim Bina Ikut Tempahan (BTO) adalah di Kim Keat Heights yang akan ditempatkan di persimpangan antara Lorong 6 dan Lorong 7 Toa Payoh.
Ia akan meliputi dua blok antara 27 hingga 36 tingkat, dengan 385 unit flat dua, tiga dan empat bilik.
Kedua-dua blok itu akan menempatkan sebilangan flat sewa, menurut HDB.
Di Lakeside View yang terletak bersebelahan dengan Tasik Jurong dan Taman Tasik Jurong, ia meliputi tujuh blok dengan ketinggian antara 11 dengan 18 tingkat.
Para pembeli flat boleh memilih daripada 1,016 unit flat Flexi dua bilik, tiga, empat dan lima bilik, menurut HDB.
Yishun Beacon yang terletak antara kawasan Yishun Central 1 dan Yishun Avenue 2 akan menawarkan lima blok setinggi 14 tingkat dengan 646 unit flat Flexi dua bilik serta flat empat dan lima bilik.
Pembeli rumah yang berharap untuk berpindah ke flat mereka lebih awal boleh mempertimbangkan projek di Jurong West dan Yishun, nasihat HDB.
PROJEK BTO AKAN DATANG
Pada Ogos, kira-kira 4,900 flat BTO di bandar-bandar seperti Ang Mo Kio, Bukit Merah, Choa Chu Kang, Jurong East, Tampines dan Woodlands akan dilancarkan, menurut HDB.
HDB turut menyatakan bahawa lebih banyak butiran akan diumumkan apabila tiba masanya kelak.
Pada November, HDB akan menawarkan kira-kira 9,500 flat BTO di estet-estet seperti Bukit Batok, Kallang Whampoa, Queenstown dan Yishun.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.