HDB lancar kajian bagi siasat punca flat Sengkang, Punggol berkulat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang menyiasat punca yang menyebabkan dua estet HDB berkulat dan ia mungkin akan menyemak semula spesifikasi dan amalan penyenggaraan bagi flat-flat bergantung kepada hasil siasatan yang dijalankan.
Sesetengah flat di Anchorvale Parkview di Sengkang dan Matilda Court di Punggol mendapat perhatian pada Januari selepas tembok-temboknya berkulat sekalipun estet-estet itu baru dibina lima atau enam tahun lalu.
Para penduduk sebelum ini membuat aduan yang mengatakan bahawa blok-blok perumahan mereka kelihatan 'kurang menyenangkan dan menyakitkan mata' dan mereka bimbang tentang risiko kesihatan.
Menjawab pertanyaan yang diajukan di Parlimen, Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan pada Isnin (6 Feb) dalam jawapan bertulisnya bahawa HDB akan menjalankan kajian teknikal bebas untuk menentukan punca yang menyebabkan tembok flat berkulat.
"Skop kajian ini juga akan menyiasat mengapa sesetengah blok lebih terdedah kepada masalah kulat, di samping mengusulkan saranan-saranan untuk menangani masalah itu dan bagaimanapun untuk memastikan masalah serupa tidak berulang," menurut MND.
Kajian itu dijangka akan mengambil masa antara tiga hingga empat bulan untuk diselesaikan.
HDB juga akan menilai spesifikasi dan amalan penyenggaraan flat.
Buat masa ini, tembok luar kesemua bangunan HDB dicat dengan satu lapisan pengedap berasaskan air dan dua lapisan cat emulsi tahan alga, yang mengandungi biosid bagi mencegah pertumbuhan alga.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.