Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB lancar BTO pertama di Daerah Taman Tengah, bulan ini

HDB akan melancarkan projek perumahan pertamanya di Daerah Taman Tengah, di bawah skim Bina-Ikut-Tempahan (BTO) bulan ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 May 2019 08:27PM Dikemas Kini : 20 May 2019 09:10PM

SINGAPURA: HDB akan melancarkan projek perumahan pertamanya di Daerah Taman Tengah, di bawah skim Bina-Ikut-Tempahan (BTO) bulan ini.

Kawasan sebesar 80 hektar itu adalah salah satu daripada lima bandar baru HDB.

Apabila siap kelak, ia akan menempatkan sekitar 6,500 unit flat.

Daerah Taman Tengah akan dilengkapi jaluran menghijau "Garden Farmway", sekitar 40 meter lebar dan 900 meter panjang.

Pada satu sudut, ia akan membawa kepada Kolam Tengah, di mana akan terletak kedai-kedai serta laluan pejalan kaki di persisir air.

Sudut bertentangannya pula akan membawa orang ramai ke Central Park.

Dalam kawasan "Garden Farmway", kawasan sekitar 3,000 meter persegi ruang akan diperuntukkan bagi para penduduk melakukan aktiviti berkebun.

Untuk membawa alam sekitar lebih dekat dengan rumah, blok-blok HDB akan dibina dengan ketinggian berselang-seli^ dan pemandangan dari flat akan memanfaatkan pemandangan di luar.

Bersama sebuah lagi projek perumahan di daerah Plantation, sejumlah lebih 2,000 flat di tengah akan disertakan dalam sesi penjualan flat BTO bulan ini. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan