HDB lancar 9,500 flat BTO pada November termasuk 3 projek baru bawah model kawasan utama
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan
melancarkan lebih 9,500 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pada 23 November.
Ini termasuk flat dalam tiga projek di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH).
Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pada Khamis (17 Nov).
Dua projek tersebut berada di Queenstown (Ulu Pandan Banks dan Ghim Moh Natura) dan di Kallang/Whampoa (Kallang Horizon).
"Projek itu terletak dekat dengan kemudahan pengangkutan seperti stesen MRT Dover, Buona Vista dan Kallang dan dilengkapi dengan kemudahan yang disediakan," Encik Lee berkata dalam suatu catatan Facebook.
"Disebabkan lokasi dan ciri-ciri yang menarik, flat tersebut secara semula jadi akan mengenakan nilai pasaran yang lebih tinggi."
Model PLH diperkenalkan tahun lalu untuk memastikan flat HDB di kawasan utama dan tengah Singapura mampu dimiliki dan mudah diakses warga tempatan.

Selain dua projek PLH baru di Queenstown, satu lagi projek BTO yang dinamakan 'Queensway Canopy' tidak termasuk dalam model kawasan utama.
Ini disebabkan ia terletak jauh daripada kemudahan pengangkutan dan kedai runcit utama, kata Encik Lee.
"Sekalipun demikian, penduduk Queensway Canopy akan tetap mempunyai akses kepada kemudahan utama, seperti pasar raya, pusat penjaja dan klinik. Projek itu juga terletak di sebelah Rail Corridor, di mana penduduk dapat menikmati pelbagai kegiatan rekreasi berdekatan dengan alam semula jadi," tambah beliau.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.