HDB lancar 6,000 papan paparan digital di estet perumahan mulai 2020
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mula memasang Panel Paparan Digital (DPP) di estet-estet perumahan mulai tahun depan sebagai sebahagian daripada inisiatif Negara Bijak Singapura.

Panel Paparan Digital dilihat di sebuah blok dekat Strathmore Avenue.
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mula memasang Panel Paparan Digital (DDP) di estet-estet perumahan mulai tahun depan sebagai sebahagian daripada inisiatif Negara Bijak Singapura.
Sekitar 6,000 DDP akan dipasang di estet perumahan awam, umum HDB dalam satu kenyataan media pada Rabu (30 Okt).
Tender bagi pemasangan, operasi dan pengurusan DDP itu juga akan dilancarkan pada hari yang sama.
Beberapa majlis bandaran kini mempunyai papan seumpama itu di ruang HDB yang dikongsi, termasuk lif dan lobi lif.
"Pelancaran perintis HDB satu pelanjutan atas inisiatif (majlis perbandaran) itu dengan membentuk permintaan bagi estet-estet berbeza untuk ekonomi skala lebih besar," jelas kenyataan tersebut.
DDP akan dipasang di lobi lif tingkat satu dan dalam sesetengah lif kediaman untuk "memudahkan penyampaian mesej masyarakat dan perbandaran kepada para penduduk dengan cara yang mudah, tepat pada masanya dan kemas".
Paparan tersebut akan memaparkan berita dan maklumat daripada pemerintah, agensi, pertubuhan masyarakat serta pengiklan.
"Kandungannya boleh merangkumi
pemberitahuan mengenai kejadian dan peristiwa di estet hingga kemas kini di seluruh negara mengenai kecemasan dan nasihat kesihatan awam," menurut HDB.
"Iklan komersil juga boleh dipaparkan tetapi ini tidak boleh melebihi 30 peratus jumlah masa tayangan pada paparan tersebut."
Paparan digital tersebut akan saling melengkapi paparan notis tradisional di estet-estet HDB, yang melibatkan pemberitahuan dalam bentuk kertas dan mungkin mengandungi maklumat terhad kerana keterbatasan ruang, tambah lembaga tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.