HDB bayar pampasan S$5.5 juta kepada pembeli flat BTO Waterway Sunrise II, Anchorvale Village yang tertangguh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: HDB)
SINGAPURA: Wang pampasan sebanyak S$5.5 juta keseluruhan telah dibayar kepada lebih 1,000 pembeli flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) Waterway Sunrise II dan Anchorvale Village, dedah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Dalam kenyataan media pada Sabtu (8 Mac), pampasan itu dibayar mengikut Akta COVID-19 (Langkah-langkah Sementara) (COTMA) yang dilaksanakan sewaktu pandemik.
Waterway Sunrise II dan Anchorvale Village siap dibina menjangkaui Tarikh Penyerahan Pemilikan, iaitu tarikh di mana HDB dikehendaki memberikan kunci kepada penduduk.
Pembinaan kedua-dua flat BTO itu terjejas oleh kekurangan tenaga kerja dan gangguan bekalan akibat pandemik.
Projek BTO Waterway Sunrise II bahkan berdepan halangan tambahan disebabkan oleh kegagalan kontraktor asal meneruskan dengan projek itu.
"Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memastikan projek itu menepati jadual, tempoh penangguhan keseluruhannya melebihi satu tahun - iaitu tempoh paling lama dalam kalangan projek-projek yang ditunda akibat pandemik," menurut HDB.
"Projek-projek itu juga adalah kali pertama HDB tidak dapat menyelesaikan projek sebelum tarikh siap kontrak binaan."
HDB menambah ia menawarkan kepada para pembeli flat pembayaran balik maksimum yang mereka berhak untuk menerima, tanpa perlukan sebarang tuntutan atau bukti perbelanjaan.
Menurut HDB, ini dilakukan bagi memudahkan proses pentadbiran bagi para pembeli flat dan supaya mereka dapat meneruskan dengan rancangan sendiri secepat mungkin.
"Semua pembeli flat menerima pampasan masing-masing dalam tempoh dua bulan selepas menyelesaikan pembelian flat dan menerima perjanjian penyelesaian dengan HDB."
PROJEK BTO BAHARU TEPATI JADUAL
Menurut HDB, semua projek BTO yang sedang dibina dijangka siap pada masa yang dijadualkan, dengan sejumlah daripadanya boleh disiapkan tiga hingga enam bulan lebih awal.
Salah satunya adalah projek BTO Toa Payoh Ridge, yang dijangka siap lebih awal.
"Toa Payoh Ridge pada mulanya dijadual siap pada suku ketiga 2025, tetapi sekarang ia dijangka siap tiga bulan lebih awal daripada yang dijadualkan sebelum ini, pada suku kedua 2025," dedah HDB.
Ia adalah projek pertama sejak pandemik pada 2020 yang dijangka siap dibina lebih awal daripada tarikh dijadualkan.
"Melainkan sesuatu dijangkakan berlaku, kami menjangkakan beberapa lagi projek siap dibina lebih awal daripada tarikh kemungkinan siap (PCD) pada tahun ini dan tahun hadapan," menurut HDB.
"Dengan cabaran binaan HDB sudah lepas, kami dapat meneruskan dengan kerja-kerja binaan BTO seperti biasa," tambah HDB.
GILIRAN PEMBELI DUA PROJEK BTO TERAKHIR YANG DITUNDA UNTUK AMBIL KUNCI
Kesemua 1,651 pembeli flat BTO daripada dua projek terakhir yang ditangguh akibat pandemik di Punggol Point Cove (Fasa 2) dan Kempas Residences kini dijemput untuk mengambil kunci rumah masing-masing.
Ini bermakna tamatnya tempoh lima tahun bagi HDB menyelesaikan semua projek BTO yang tertunda akibat pandemik kepada para pemilik rumah, menurut HDB.
Buat masa ini, kira-kira 88 peratus pembeli daripada 1,102 unit yang ditempah di Punggol Point Cove (Fasa 2) dan 69 peratus pembeli daripada 549 unit yang ditempah di Kempas Residences telah mengambil kunci masing-masing.
Selebihnya akan mengambil kunci mereka menjelang hujung bulan Mac ini.
"Dengan dua projek terakhir itu siap dibina, HDB telah selesai membina semua 75,800 flat daripada 92 projek perumahan yang terjejas oleh gangguan berkaitan COVID-19," menurut HDB.
"Setakat ini, seramai 71,417 pembeli flat (sekitar 99 peratus daripada 72,101 unit yang ditempah) telah mengambil kunci masing-masing dan secara beransur berpindah masuk ke rumah baharu mereka."
Pada 2020 dan 2021, sektor binaan terjejas teruk oleh pandemik COVID-19, menyebabkan penangguhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada sektor awam dan privet, menurut HDB.
"Isu kekurangan tenaga kerja bagi projek-projek HDB dalam pembinaan mencapai kemuncaknya pada pertengahan 2021, dengan sekitar separuh projek mempunyai kurang 80 peratus tenaga kerja yang diperlukan bagi memastikan ia kekal menepati jadual," menurut HDB.
"Hanya pada Oktober 2022 - lebih dua setengah tahun selepas pandemik melanda - HDB dapat memulihkan jumlah tenaga kerja di kesemua projek-projek binaan kami ke tahap sebelum pandemik."
Disebabkan itu, hampir semua projek perumahan yang sedang dibina tertangguh menjangkaui Tarikh Siap Asal (PCD) mereka, kecuali Keat Hong Verge, yang siap mengikut jadual pada Mac 2023.
Sekitar 30 peratus projek tertunda selama satu hingga enam bulan, manakala sekitar 62 peratus tertunda antara tujuh dengan 12 bulan.
HDB yang sedia maklum tentang kesulitan yang timbul akibat kerja-kerja binaan yang tertangguh, menyatakan bahawa ia telah menghulurkan bantuan kepada para pembeli flat berdasarkan keadaan setiap individu.
Para pembeli flat yang tidak memperolehi perumahan sementara bersama keluarga, saudara mara atau di pasaran terbuka layak untuk memohon bagi flat sewa sementara dari HDB sementara menunggu rumah mereka siap.
Sejak 2020, HDB telah membantu sekitar 900 pembeli untuk menyewa flat-flat bersubsidi untuk penginapan sementara.
Bagi mereka yang memilih untuk membatalkan tempahan flat BTO untuk membeli flat jualan semula kerana keperluan perumahan yang mendesak, HDB tidak mengenakan sebarang denda berdasarkan setiap kes.
Secara keseluruhan, kira-kira 450 pembeli flat yang membatalkan tempahan flat BTO diberikan pengecualian daripada membayar denda.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.