HDB anjur pertandingan reka semula pusat bandar Bukit Merah
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mempelawa masyarakat seni bina supaya memberikan idea reka bentuk bagi kerja-kerja naik taraf pusat bandar Bukit Merah.
(Gambar: HDB)
HDB menjalin kerjasama dengan Institut Seni Bina Singapura untuk menganjurkan satu pertandingan yang berlangsung selama dua bulan.
Ia kali pertama HDB menganjurkan pertandingan sedemikian.
Pusat bandar itu akan diperbaharui sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menyuntik kesegaran di kawasan Bukit Merah di bawah program Membentuk Semula Estet HDB (ROH).
Pertandingan itu bertujuan mengumpul idea daripada karyawan dan pelajar dalam sektor seni bina dan reka bentuk.
Pasukan yang ideanya terpilih akan diberikan hadiah wang tunai sebanyak S$15,000.
Dua pemenang seterusnya akan menerima hadiah wang tunai sebanyak S$5,000 setiap satu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.