HDB ambil tindakan terhadap 114 pemilik sewakan flat tanpa izin
Tindakan diambil terhadap pemilik flat HDB kerana 750 kes sewa rumah tanpa izin antara 2016 dengan September tahun ini.
SINGAPURA: Tindakan diambil terhadap pemilik flat HDB kerana 750 kes sewa rumah tanpa izin antara 2016 dengan September tahun ini.
HDB menyatakan kebanyakan kes itu melibatkan rakyat Singapura yang menyewakan flat mereka tanpa kebenaran rasmi.
Perbuatan itu dilakukan walaupun mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk menyewakan flat.
Daripada 750 kes tersebut, HDB menarik balik 21 flat daripada pemiliknya.
Salah satu kes melibatkan pemilik flat yang menyewakan seluruh flatnya sebelum tamat tempoh minimum lima tahun mereka tinggal di flat tersebut.
Tahun ini sahaja, HDB menjalankan 3,500 pemeriksaan mengejut terhadap pemilik flat yang disyaki melanggar peraturan itu.
Setiap tahun, HDB menjalankan sekitar 6,000 pemeriksaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.