Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB akan terus pantau pasaran jualan semula kedai kopi & harga makanan jualannya

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jul 2022 09:09PM Dikemas Kini : 15 Jul 2022 09:12PM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan terus memantau pasaran jualan semula kedai-kedai kopi serta harga makanan jualannya.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata sekiranya perlu dasar-dasar akan disemak bagi menangani kebimbangan para pelanggan tentang harga jualan makanan di kedai-kedai kopi.

Encik Lee berkata demikian dalam catatannya di Facebook berhubung kebimbangan berkaitan penjualan dua kedai kopi di Tampines dan Yishun baru-baru ini.

Dua kedai itu bertukar tangan pada harga lebih S$40 juta.

Kedua-duanya dalam kalangan beberapa kedai kopi yang dijual kepada para pengendali swasta sebelum tahun 1998.

Encik Desmond Lee menjelaskan harga penjualan dua kedai kopi itu tidak akan menyebabkan kenaikan harga jualan makanannya kerana adanya persaingan yang sihat di kawasan tersebut.

Para pelanggan boleh memilih untuk membeli makanan di tempat-tempat lain yang menjualnya pada harga lebih rendah.

Begitu juga dengan para pegerai yang menghadapi kenaikan harga sewa.

Sumber : CNA/MU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan