HDB akan lancar 19,600 flat BTO pada 2026, termasuk lebih 4,000 unit dengan masa menunggu lebih singkat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 19,600 Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akan dilancarkan pada 2026, termasuk lebih 4,000 flat dengan masa menunggu kurang daripada tiga tahun, kata Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat pada Khamis (8 Jan).
Flat-flat tersebut akan dilancarkan dalam tiga sesi jualan pada Februari, Jun dan Oktober, dan meliputi "campuran baik" antara flat Standard, Plus dan Prime, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan media.
Flat-flat tersebut terletak di pelbagai lokasi di seluruh negara termasuk Ang Mo Kio, Bukit Merah, Sembawang, Toa Payoh, Tampines, Woodlands dan Yishun.
Dengan pelancaran BTO baharu itu, HDB menyatakan ia masih menepati sasaran untuk menawarkan kira-kira 55,000 flat pada 2025 hingga 2027 bagi memenuhi permintaan perumahan yang berterusan.
Bercakap kepada wartawan di ParkEdge @ Bidadari, Encik Chee berkata bekalan BTO yang kukuh akan menjadikannya lebih mudah diakses oleh pembeli.
"Ia juga adalah penting untuk bantu menyederhanakan harga flat jualan semula, kerana sebahagian permintaan itu yang sebaliknya akan disalurkan kepada pasaran jualan semula kini boleh dipenuhi melalui pasaran BTO," katanya.
Encik Chee menambah bahawa pemerintah akan terus menyediakan "bekalan kukuh" flat dengan masa menunggu yang lebih singkat.
HDB sebelum ini mengumumkan sasaran menawarkan 12,000 flat dengan masa menunggu yang lebih singkat antara 2025 dan 2027, dengan jumlah flat sedemikian meningkat daripada 1,839 pada 2022 kepada 4,690 pada 2025.
Tahun ini, 4,000 flat dengan masa menunggu yang lebih singkat akan mewakili sekitar 20 peratus daripada bekalan flat tahun ini, menurut HDB.
Secara keseluruhan dalam tempoh dua tahun akan datang, akan ada 8,000 flat dengan masa menunggu yang lebih singkat, kata Encik Chee.
Ini serupa dengan saiz keseluruhan estet Bidadari, katanya.
"Jadi dengan perkembangan ini, kami berharap untuk meraih kemajuan lebih lanjut dalam meningkatkan aksesibiliti dan juga kemampuan flat BTO HDB dan flat jualan semula."
KAJIAN SEMULA 2025
Pada 2025, HDB menyediakan sekitar 19,600 flat merentasi 28 projek perumahan, dengan masa menunggu median kira-kira empat tahun.
Antara projek-projek berkenaan, tiga - Parc Clover @ Tengah, Hougang Olive dan Yishun Boardwalk - adalah projek dengan masa menunggu yang lebih singkat.
Terdapat juga beberapa projek, seperti MacPherson Weave dan Costa Grove, yang selesai kira-kira tiga bulan lebih awal daripada tarikh siap yang dijangkakan, kata HDB.
Tahun lalu juga menyaksikan siapnya set terakhir empat projek di Bidadari: ParkEdge @ Bidadari, ParkView @ Bidadari, Bartley Beacon dan Bartley GreenRise.
Ini menandakan siapnya kesemua 12 projek perumahan awam di estet Bidadari, menyediakan lebih daripada 8,800 rumah di seluruh estet seluas 93 hektar, sedekad sejak projek-projek Bidadari yang pertama dilancarkan pada 2015.
Pertama kali diumumkan pada tahun 2013, estet Bidadari dibayangkan sebagai "Komuniti dalam Taman" di tengah-tengah bukit dan kehijauan yang subur, di mana penduduk boleh berehat, bersantai dan berhubung, menurut HDB dalam satu kenyataan media yang berasingan.
Pelan induk HDB Bidadari memenangi anugerah emas dalam pertandingan antarabangsa yang mengiktiraf projek bangunan cemerlang pada tahun 2024.
Sehingga kini, kira-kira 98 peratus pembeli flat di Bidadari sudah pun berpindah atau mengambil kunci rumah baru mereka.

Terdapat 127 projek perumahan HDB yang sedang dibina di seluruh Singapura, meningkat daripada 110 pada tahun lalu.
"HDB akan terus bekerjasama rapat dengan agensi-agensi untuk menyediakan kemudahan utama, kemudahan masyarakat dan landskap kawasan seiring dengan pembangunan perumahan baharu sebanyak mungkin, supaya penduduk dapat menikmatinya selepas mereka berpindah," menurut HDB.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.