Skip to main content

Singapura

HCSA suntik kesegaran dalam kempen sokong bekas pesalah; sasar kumpul S$500,000

Anggaran Waktu Membaca:
HCSA suntik kesegaran dalam kempen sokong bekas pesalah; sasar kumpul S$500,000

Pelancaran kempen terbaharu HCSA itu, sebuah agensi khidmat sosial (SSA), diadakan di satu acara berbasikal di Mount Faber pada Ahad (14 Apr). (Gambar: HCSA)

SINGAPURA: Membantu bekas pesalah untuk kembali ke pangkuan masyarakat bukan hanya terletak pada pundak satu pihak saja.

Ia sebaliknya, memerlukan sokongan tidak berbelah daripada semua lapisan masyarakat.

Sejajar dengan itu, kempen, ‘Everesting for Second Chances’, anjuran agensi Khidmat Masyarakat HCSA, kembali diadakan tahun ini dengan penaja baharu dan sasaran mengumpul derma S$500,000, iaitu seganda jumlah yang ditetapkan tahun lalu.

Pelancaran kempen terbaharu HCSA itu, sebuah agensi khidmat sosial (SSA), diadakan di satu acara berbasikal di Mount Faber pada Ahad (14 Apr), hasil kerjasama dengan penaja baharu, BikeBaju, iaitu jenama pakaian berbasikal utama di Asia Tenggara.
Related article image
Para peserta acara berbasikal itu, termasuk Andrew Ong, Pengarah Kerjasama dan Komunikasi Strategik di HCSA dan Yim Wai Soon, Pengarah BikeBaju. (Gambar: HCSA)
Ia merupakan tajaan sulung BikeBaju di Singapura.

Dengan wang yang terkumpul itu, HCSA berharap dapat menyediakan bantuan kepada bekas pesalah dalam bentuk tempat tinggal dan khidmat pemulihan supaya dapat memulakan hidup baru.

CABARAN BERBASIKAL, KARNIVAL KELUARGA

Seperti tahun lalu, cabaran berbasikal dianjurkan meliputi perjalanan sejauh 8,848 meter, iaitu sama dengan ketinggian gunung tertinggi dunia, Gunung Everest. Jarak itu dianggap simbolik dalam menggambarkan kesukaran yang diharungi bekas pesalah untuk melalui kehidupan seperti masyarakat lain.

Sasarannya sebanyak 300 peserta dengan pendaftaran dibuka dari 24 April hingga 31 Julai, dengan promosi penyertaan awal ditawarkan sehingga 7 Mei.

Orang ramai juga boleh menyumbang dengan datang ke sebuah Karnival Keluarga pada 29 Jun 2024.

Acara karnival itu disokong oleh Persekutuan Berbasikal Singapura, Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Nasional (NVPC) dan Reben Kuning Singapura.

Pelbagai kegiatan dan pengalaman menarik disediakan bagi seisi keluarga; meliputi sajian persembahan, makanan lazat, permainan belon istana dan barangan unik yang ada di pasar lambak.

CARA MENDERMA

Hasil kutipan derma akan disalurkan kepada Khidmat Masyarakat HCSA Community Services untuk menyokong bekas pesalah dalam perjalanan mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Rumah peralihan HCSA Highpoint misalnya memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar pesalah yang mengulangi kesalahan jenayah, atau residivisme.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, anda boleh melungsuri laman ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita