Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hayaa’ Network lancar sekolah hibrid; tawar program Sijil Pengajian Islam

Anggaran Waktu Membaca:
Hayaa’ Network lancar sekolah hibrid; tawar program Sijil Pengajian Islam

Hayaa’ Network lancar sekolah hibrid; tawar program Sijil Pengajian Islam. (Gambar: Hayaa' Network)

SINGAPURA: Hayaa’ Network oleh Liyana Musfirah Network telah melancarkan sebuah sekolah hibrid pada 5 November lalu.

Sekolah Maahaduna (Our Institute), adalah kerjasama antara Hayaa’ Network oleh Liyana Musfirah Network, dengan Maqasid Institute (USA), sebuah institut dan komuniti ulama yang memberi tumpuan kepada pengajian maqasid.

"Penubuhan sekolah ini adalah cara rangkaian kita membantu masyarakat merapatkan jurang antara kerohanian dan isu-isu serta kebimbangan sosial."

"Maahaduna adalah peluang untuk membangunkan sebuah rangkaian di mana para pelajar dapat mempertajamkan kompas moral mereka selain memperkukuhkan hubungan antara diri mereka dengan orang lain," kongsi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hayaa' Network Ustazah Liyana Musfirah Anwar.


(Gambar: Hayaa' Network)

Program sulungnya dalam Sijil Pengajian Islam sudah menarik 30 peserta selama sembilan bulan.

Ia mempunyai tiga modul di peringkat pengenalan, pertengahan dan lanjutan.

Setiap modul merangkumi empat segmen: maqasid, fiqh perhubungan, peralihan kehidupan dan kemahiran komunikasi dan interaksi.

(Gambar: Hayaa' Network)

Program yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris itu juga dibuka kepada pelajar bukan Islam yang ingin mendalami objektif dan prinsip di sebalik ajaran Islam.

Ia dikendalikan sekumpulan guru tempatan dan antarabangsa termasuk Naib Presiden Institut Maqasid, Dr Basma Abdelgafar dan diadakan secara hibrid.

Hayaa' Network menyatakan ia sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan untuk program itu dari institusi-institusi Islam serantau dan antarabangsa.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan