Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hawazi Daipi diiktiraf Anugerah Alumni Terbilang Kesenian & Sains Kemasyarakatan NUS

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA:Encik Hawazi Daipi antara empat penerima Anugerah Alumni Terbilang bidang Kesenian dan Sains Kemasyarakatan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Anugerah yang dilancarkan pada 2015 itu mengiktiraf keunggulan dan kecemerlangan seseorang individu atas sumbangan berkesan mereka terhadap pembinaan sebuah negara, perkembangan universiti, di samping menggalak kesenian dan sains sosial.

Tiga penerima lain tahun ini ialah pelakon Cik Janice Koh, Presiden Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) Cik Junie Foo dan antara perintis bidang pendidikan awal kanak-kanak di Singapura, Dr Khoo Kim Choo.

Encik Hawazi, 69 tahun, tamat pengajian di NUS dengan ijazah kepujian pada 1978.

Wakil Singapura ke Penguasa Palestin mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk politik serta sosial dan kemasyarakatan.

Beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan selain menjadi Penasihat kanan Persatuan Pekerja Pembantu Rumah bagi Sokongan Sosial dan Latihan (FAST) dan Penasihat kepada Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).

Sepanjang kerjayanya yang cemerlang, Encik Hawazi juga berkhidmat sebagai Anggota Parlimen GRC Sembawang dari 1996 hingga 2015.

Selain memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kementerian Pendidikan, Tenaga Manusia dan Kesihatan, Encik Hawazi juga mempengerusikan Jawatankuasa Parlimen Pemerintah Kementerian Tenaga Manusia dari 1999 hingga 2001.

Penerima lalu Anugerah Alumni Terbilang bidang Kesenian dan Sains Sosial termasuk mantan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Abdullah Tarmugi dan mantan Setiausaha Parlimen Kanan Encik Yatiman Yusof.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan