Skip to main content

Singapura

Haw Par Villa ditutup sementara selama 3 bulan

Haw Par Villa akan ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dari 1 Dis hingga 28 Feb tahun depan, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Anggaran Waktu Membaca:
Haw Par Villa ditutup sementara selama 3 bulan

(Gambar: Lembaga Pelancongan Singapura)

Diterbitkan : 27 Nov 2018 03:12PM Dikemas Kini : 27 Nov 2018 03:14PM

SINGAPURA: Haw Par Villa akan ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dari 1 Dis hingga 28 Feb tahun depan, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Bagi memastikan keselamatan awam, seluruh taman itu akan ditutup buat sementara semasa tempoh ini," menurut STB dalam satu kenyataan media pada Selasa (27 Nov).

Taman bertema budaya itu yang sebelum ini dikenali sebagai Tiger Balm Gardens, dikenalI kerana pameran 10 gambaran neraka yang memaparkan hukuman-hukuman seperti dihumban ke dalam kawah gunung berapi dan memotong lidah bagi jenayah berbohong, menipu atau tidak menghormati orang tua.

Daya tarikan itu adalah rekaan sepasang adik beradik Cina-Myanmar yang ingin membangunkan sebuah taman yang kaya dengan budaya rakyat dan mitologi Cina.

Para pengunjung akan dapat mengunjungi taman itu lagi mulai 1 Mar 2019. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita