Haw Par Villa dibuka semula 1 Mac
Haw Par Villa akan dibuka semula pada Jumaat (1 Mac), menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) hari ini (25 Feb).
(Gambar: Lembaga Pelancongan Singapura)
SINGAPURA: Haw Par Villa akan dibuka semula pada Jumaat (1 Mac), menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) hari ini (25 Feb).
Taman bertema kebudayaan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Tiger Balm Gardens, ditutup sementara selama tiga bulan sejak 1 Dis 2018 bagi kerja-kerja pembaikan.
Ia terkenal dengan pameran 10 gambaran neraka yang memaparkan hukuman-hukuman seperti dihumban ke dalam kawah gunung berapi dan potong lidah bagi jenayah-jenayah seperti berbohong, menipu atau tidak menghormati orang tua.
Daya tarikan itu adalah rekaan sepasang adik beradik Cina-Myanmar yang ingin membangunkan sebuah taman yang kaya dengan cerita rakyat dan dongeng Cina.
Taman itu kekal dibuka secara percuma.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.