Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hati-hati panggilan yang menyamar sebagai pegawai MinLaw

Kementerian Undang-Undang memberi amaran kepada orang ramai mengenai kes penipu menyamar sebagai pegawai kementerian itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hati-hati panggilan yang menyamar sebagai pegawai MinLaw

Gambar fail.

Diterbitkan : 28 Jul 2020 11:21PM Dikemas Kini : 28 Jul 2020 11:23PM

SINGAPURA: Kementerian Undang-Undang memberi amaran kepada orang ramai mengenai kes penipu menyamar sebagai pegawai kementerian itu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa (28 Jul), MinLaw menyatakan ia sedar ada orang menerima panggilan telefon yang meminta mereka mengambil dokumen atau bungkusan.

Panggilan itu akan memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai kementerian, dengan penipu tersebut kadangkala memberikan nombor pengenalan kakitangan yang palsu dan talian hotline bebas tol bagi memperdaya mangsa, kata MinLaw.

Dalam sebilangan kes, mangsa akan menerima panggilan dengan mesej suara automatik yang berbunyi "Kementerian Undang-Undang tidak dapat menghubungi anda" dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin lalu meminta mangsa menekan nombor untuk bercakap dengan seorang pegawai khidmat pelanggan.

MinLaw menasihatkan penerima panggilan sedemikian supaya tidak membuat sebarang bayaran atau memberi sebarang butiran peribadi atau kewangan kepada pemanggil.

"MinLaw tidak akan meminta anda membuat bayaran menerusi panggilan telefon, terutama sekali kepada akaun bank pihak ketiga," menurut kementerian itu.

Ia menambah bahawa pegawai kementerian itu tidak mempunyai nombor pengenalan kakitangan dan buat masa ini ia tidak menghantar sebarang mesej automatik kepada orang ramai.

Mereka yang mempunyai urusan dengan MinLaw boleh mengesahkan pengenalan pemanggil dengan meminta maklumat berkaitan kes seperti nombor rujukan kes, menurut MinLaw.

Beberapa pegawai mungkin membuat panggilan dari nombor privet atau bukan rasmi memandangkan mereka sedang bekerja dari rumah semasa tempoh ini. Orang ramai boleh menghubungi talian hotline MinLaw di 1800 225 5529 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang pada hari-hari kerja Isnin hingga Jumaat untuk mengesahkan identiti pegawai.

MinLaw juga menambah bahawa ia tidak membuat panggilan dari luar negara dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menjawab sebarang panggilan yang bermula dengan nombor "+65" kerana besar kemungkinan ia adalah panggilan palsu kerana awalan "+"bermakna panggilan itu dibuat dari luar negara. 

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan