Skip to main content

Singapura

Hati-hati dengan SMS kononnya bantu 'log masuk' akaun bank online

Sebilangan pelanggan bank diperdaya untuk menyerahkan butiran akaun bank mereka kepada laman palsu selepas membalas kiriman SMS yang kononnya dihantar pihak bank untuk "log masuk" akaun bank mereka melalui Internet.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Oct 2018 12:57PM Dikemas Kini : 02 Oct 2018 10:58PM

SINGAPURA: Sebilangan pelanggan bank diperdaya untuk menyerahkan butiran akaun bank mereka kepada laman palsu selepas membalas kiriman SMS yang kononnya dihantar pihak bank untuk "log masuk" akaun bank mereka melalui Internet.

Demikian menurut polis dalam satu makluman hari ini (2 Okt).

Para mangsa kiriman mesej tersebut kemudian menyedari satu penerima berada dalam senarai penerima pemindahan wang mereka. Urus niaga juga dijalankan tanpa pengetahuan mereka, menurut polis.

Polis menyatakan bahawa ia menerima beberapa aduan serupa antara 27 hingga 30 September.

Mereka yang menerima mesej seumpama itu seharusnya menghubungi pihak bank melalui hotline pelanggan untuk mengesahkan bahawa akaun mereka dikunci, menurut makluman itu.

Nombor-nombor yang disediakan dalam kiriman SMS itu, jika ada, tidak harus dihubungi.

Butiran akaun bank yang digunakan untuk log masuk melalui Internet, seperti nama pengguna, nombor pengenalan peribadi (PIN) atau Kata Laluan Sekali (OTP) tidak harus didedahkan, meskipun kepada kakitangan bank mahupun pegawai penguatkuasaan undang-undang.

Orang ramai juga perlu kekal berwaspada ketika melungsuri laman-laman yang mencurigakan, menurut polis.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes-kes seumpama ini boleh menghubungi polis di talian hotline 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di www.police.gov.sg/iwitness.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita