Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hasil ujian kaedah baru dapat tangani barah payudara dengan lebih baik

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu kaedah baru yang dapat menjadi alternatif kepada rawatan kemoterapi sedang dihasilkan khusus bagi para pesakit barah payudara di tahap lanjut.

Para penyelidik di Institut Barah Universiti Nasional Singapura dan Institut Sains Barah Singapura sedang menguji gabungan dua ubat baru. 

Menurut para penyelidik, ujiannya sejauh ini menunjukkan hasil yang agak memberangsangkan.

Sekitar 50 peratus daripada 43 pesakit yang menyertai ujian klinikal itu mendapati tumor mereka menjadi semakin kecil atau barah mereka dapat dikawal dengan baik bagi tempoh lebih enam bulan. 

Ini berbanding hasil daripada menjalani rawatan anti hormon, yang biasanya mempunyai kadar respons 20 peratus dalam kalangan pesakit dengan profil yang sama. 

Kedua-dua ubat itu boleh dimakan, menjadikannya lebih mudah untuk para pesakit.

Menurut seorang pesakit, kesan sampingannya dapat dikawal.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan