Skip to main content

Singapura

Hasil pengilangan S'pura tumbuh lebih perlahan pada Ogos

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Sep 2022 07:29PM Dikemas Kini : 26 Sep 2022 08:53PM

SINGAPURA: Hasil pengeluaran sektor pengilangan tumbuh pada rentak lebih perlahan iaitu 0.5 peratus pada Ogos berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

Ia juga lebih rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan 0.6 peratus yang dicatatkan dalam bulan sebelumnya.

Pertumbuhan itu adalah yang paling perlahan dalam masa hampir setahun, dipacu oleh kemerosotan pada pengeluaran barangan elektronik dan kimia.

Kelompok kimia mengalami kemerosotan ketara, jatuh lebih 11 peratus ekoran pengucupan besar pada segmen petrokimia. 

Sektor elektronik pula menyaksikan kemerosotan buat dua bulan berturut-turut. 

Pengeluaran elektronik jatuh hampir lapan peratus kerana permintaan yang lebih rendah bagi segmen infokom dan elektronik pengguna serta komponen elektronik. 

Menurut para penganalisis, pesanan bagi barangan elektronik dari negara-negara yang mempunyai sektor elektronik besar semakin berkurangan.

Ia termasuk ekonomi-ekonomi besar seperti China dan Amerika Syarikat. 

Sementara itu, kelompok-kelompok lain, termasuk bioperubatan dan kejuruteraan jitu, mencatat pertumbuhan.

Sektor kejuruteraan pengangkutan misalnya mencatatkan pertumbuhan paling besar. 

Para penganalisis menjangkakan sektor pengilangan akan berkembang pada rentak perlahan pada masa depan kerana pemacu pertumbuhan dipercayai beralih daripada sektor pertumbuhan kepada sektor perkhidmatan.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita