Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hasil pengilangan S'pura naik 15.6% pada Dis; catat pertumbuhan 13.2% bagi 2021

Hasil pengilangan Singapura mencatat prestasi kukuh pada hujung tahun lalu, dengan semua kelompok, kecuali satu, mencatatkan pertumbuhan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura mencatat prestasi kukuh pada hujung tahun lalu, dengan semua kelompok, kecuali satu, mencatatkan pertumbuhan.

Pengeluaran perusahaan meningkat 15.6 peratus pada Disember berbanding setahun lalu, naik daripada peningkatan yang disemak sebanyak 14.1 peratus pada bulan sebelumnya. Demikian menurut data rasmi pada Rabu (26 Jan).

Tidak termasuk pengilangan bioperubatan, hasil pengeluaran Disember tumbuh lima peratus berbanding tahun lalu, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dalam satu kenyataan media.

Berdasarkan penyesuaian musiman bulanan, pengeluaran pada Disember meningkat 4.3 peratus. Tidak termasuk pengilangan bioperubatan, hasil pengeluaran jatuh 1.1 peratus.

Pertumbuhan pada Disember menjadikan prestasi bagi keseluruhan tahun 2022 sebanyak 13.2 peratus, menurut EDB.

KEBANYAKAN KELOMPOK NAIK

Kelompok bioperubatan mencatat pertumbuhan terbesar pada Disember dengan pengeluaran naik 87.7 peratus berbanding setahun lalu.

Segmen farmaseutikal melonjak 162.3 peratus daripada asas pengeluaran yang rendah tahun lalu, dengan penghasilan lebih tinggi bagi produk biologikal serta gabungan berbeza bahan-bahan farmaseutikal aktif.

Bagaimanapun, segmen teknologi perubatan jatuh 3.4 peratus dengan permintaan eksport lebih rendah bagi peranti perubatan.

Secara keseluruhan, pengeluaran bioperubatan mencatat pertumbuhan 11.1 peratus bagi 2021, menurut EDB.

Segmen aeroangkasa tumbuh 58.9 peratus pada Disember dengan permintaan lebih tinggi bagi kegiatan penyenggaraan dan kerja-kerja pembaikan disebabkan pelonggaran sekatan perjalanan global berbanding setahun lalu, menurut EDB.

Segmen kejuruteraan marin dan lepas pantai naik 48 peratus disebabkan lebih banyak kerja pembinaan dan pembaikan kapal.

Hasil pengeluaran kejuruteraan jitu naik sebanyak 16.4 peratus pada Disember dan 18.9 peratus bagi tahun lalu.

Segmen sistem dan jentera berkembang 26 peratus pada Disember dengan hasil pengeluaran lebih tinggi bagi semikonduktor dan peralatan kawalan proses.

Namun, segmen komponen dan modul jitu merosot 1.6 peratus dengan hasil pengeluaran lebih rendah bagi produk-produk optik.

Hasil pengeluaran bagi kelompok pengilangan am meningkat 7.7 peratus pada Disember dan 6.6 peratus bagi 2021.

Bagi kelompok kimia, hasil pengeluaran meningkat 1.2 peratus pada Disember dan 9.2 peratus bagi keseluruhan tahun lalu.

Kelompok elektronik merupakan satu-satunya yang mencatatkan kemerosotan pada Disember, iaitu turun 2.9 daripada kadar asas hasil pengeluaran yang tinggi setahun sebelumnya.

Prestasi pengilangan bulanan seterusnya akan diumumkan pada 25 Februari 2022.

Sumber : CNA/FZ/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan