Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hasil pengilangan S'pura lonjak 17.6% pada Feb, tertinggi dalam 8 bulan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura pada Februari 2022 meningkat 17.6 peratus dari tahun ke tahun berbanding 2.4 peratus pada bulan sebelumnya, menurut data daripada Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) hari ini (25 Mac).

Tidak termasuk pengilangan bioperubatan, pengeluaran tumbuh 16.8 peratus.

Berdasarkan purata tiga bulan, pengeluaran pengilangan tumbuh 11.9 peratus bulan lalu, berbanding setahun lalu.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, pengeluaran pengilangan meningkat 16.6 peratus.

Tidak termasuk pengilangan bioperubatan, pengeluaran meningkat 12.3 peratus.

Pertumbuhan terbesar dapat dilihat dalam elektronik, di mana pengeluaran meningkat 32.4 peratus pada Februari berdasarkan dari tahun ke tahun, disokong oleh pengembangan pengeluaran dalam semua segmen.

"Secara khususnya, segmen semikonduktor berkembang 39.4 peratus, disokong oleh permintaan yang kukuh daripada pasaran 5G dan pusat-pusat data di tengah-tengah kekurangan cip global," menurut EDB.

"Secara keseluruhan, kluster elektronik meningkat 15.0 peratus dalam dua bulan pertama 2022 berbanding tempoh yang sama tahun lalu," tambahnya.

"Segmen farmaseutikal berkembang 46.7 peratus dengan pengeluaran lebih tinggi produk biologi dan campuran berbeza bahan aktif farmaseutikal," menurut EDB.

Ia menambah bahawa segmen teknologi perubatan berkembang 5.8 peratus dengan permintaan lebih tinggi eksport bagi peranti-peranti perubatan.

Berdasarkan dari tahun sehingga setakat ini, pengeluaran kelompok pengilangan bioperubatan meningkat 6.7 peratus, berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Secara amnya, pengilangan meningkat 12.6 peratus dari tahun ke tahun, dengan semua segmen mencatatkan peningkatan dalam pengeluaran.

“Secara kumulatif, kelompok industri pengilangan am berkembang 14.5 peratus bagi tempoh Januari hingga Februari 2022 berbanding tempoh sama setahun lalu,” menurut EDB.

Pengeluaran dalam kejuruteraan pengangkutan meningkat 4.5 peratus pada Februari.

Segmen aeroangkasa berkembang 11.3 peratus disebabkan tahap lebih tinggi aktiviti-aktiviti penyenggaraan, pembaikan daripada syarikat penerbangan komersial, menyusuli pelonggaran sekatan perjalanan global berbanding setahun lalu, menurut EDB.

Disokong oleh tahap kerja yang lebih tinggi yang dilakukan dalam projek luar pesisir, segmen kejuruteraan marin & luar pesisir meningkat 0.9 peratus.

Dalam dua bulan pertama 2022, pengeluaran kelompok kejuruteraan pengangkutan meningkat 9.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam kejuruteraan jitu, pengeluaran berkembang 1.0 peratus tahun ke tahun pada Februari.

Secara keseluruhan, kelompok kejuruteraan jitu meningkat 6.7 peratus tahun ke tahun untuk tempoh antara Januari dengan Februari 2022, menurut EDB.

Bahan kimia, bagaimanapun, menyaksikan pengeluaran susut pada 2.7 peratus.

“Daya pemprosesan penapisan minyak petrol meningkat 14.8 peratus daripada asas pengeluaran rendah tahun lalu disebabkan permintaan eksport yang lebih rendah di tengah-tengah pandemik COVID-19,” menurut EDB.

"Sebaliknya, segmen kepakaran, petrokimia dan bahan kimia lain masing-masing menyumbang 2.0 peratus, 3.1 peratus dan 8.8 peratus," tambahnya.

Segmen kepakaran mencatatkan pengeluaran lebih rendah bahan tambahan minyak mineral manakala segmen bahan kimia lain melaporkan pengeluaran yang lebih rendah.

"Berdasarkan asas dari tahun ke tahun hingga setakat ini, pengeluaran kelompok bahan kimia susut 2.4 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu."


 

Sumber : CNA/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan