Skip to main content

Singapura

Hasil pengilangan Singapura susut 0.9% pada Julai

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Aug 2023 02:10PM Dikemas Kini : 26 Aug 2023 01:03AM
SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura pada bulan lalu turun lagi, sebanyak 0.9 peratus dalam perbandingan tahun ke tahun.

Ia adalah kemerosotan bulan ke-10 berturut-turut tetapi kadarnya jauh lebih kecil daripada jangkaan ahli-ahli ekonomi, yang meramalkan penguncupan 3.8 peratus.

Dalam perbandingan bulan ke bulan pula, hasil kilang bulan Julai naik 4.1 peratus.

Kelompok kejuruteraan pengangkutan terus mencatat pertumbuhan terbaik, berkembang 20.7 peratus berbanding setahun lalu.

Kenaikan terbesar dalam kelompok itu, sebanyak 28.2 peratus, dicatatkan segmen kejuruteraan marin dan lepas pantai.

Ia disokong oleh kerancakan kegiatan di limbungan-limbungan kapal serta penghasilan peralatan bagi telaga-telaga minyak dan gas.

Kelompok elektronik juga mencatat kenaikan penghasilan sebanyak lebih lima peratus selepas menguncup selama enam bulan berturut-turut.

Ia dipacu oleh kenaikan dalam segmen-segmen semi-konduktor dan infokom serta peralatan elektronik pengguna.

Kemerosotan terbesar dicatatkan oleh kelompok bio-perubatan yang turun lebih 22 peratus dalam perbandingan tahun ke tahun.

Ia terutama sekali dalam segmen farmaseutikal yang menjunam lebih 42 peratus.
Sumber : CNA/MU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita