Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hasil pengilangan Singapura berkembang 13.8% pada Mei didorong permintaan kukuh semikonduktor

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan Singapura berkembang 13.8% pada Mei didorong permintaan kukuh semikonduktor

Gambar: Today

Diterbitkan : 24 Jun 2022 02:11PM Dikemas Kini : 24 Jun 2022 02:32PM
SINGAPURA:Hasil Pengilangan Singapura berkembang lebih pantas pada bulan Mei, didorong permintaan yang kukuh bagi semikonduktor di tengah-tengah kekurangan sejagat.

Perangkaan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Jumaat (24 Jun) menunjukkan hasil pengeluaran kilang berkembang hampir 14 peratus pada Mei berbanding setahun lalu, dan
lebih seganda daripada pertumbuhan bulan April sebanyak 6.4 peratus.

Tidak termasuk bioperubatan, hasil pengeluaran meningkat lebih seganda kepada 18 peratus.

Berdasarkan penyesuaian musiman, hasil pengilangan pada Mei meningkat 10.9 peratus. Tidak termasuk bioperubatan, hasil pengeluaran berkembang 9.8 peratus.

Prestasi bulan Mei sangat bergantung pada kelompok elektronik.

Ia meningkat lebih tiga kali ganda kepada 33.6 peratus dengan semikonduktor tumbuh sebanyak 45.7 peratus.
Ia didorong permintaan kukuh dari pasaran 5G dan pusat data di tengah-tengah kekeurangan cip global, kata EDB.

Secara keseluruhannya, kelompok elektronik meningkat 17.3 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei 2022 berbanding tahun lalu.

Hasil pengilangan kelompok kejuruteraan jitu pula tumbuh 3.2 peratus berbanding tahun lalu manakala segmen mesin dan sistem meningkat 6.9 peratus.

Kelompok kejuruteraan pengangkutan berkembang 12.9 peratus pada Mei berbanding tahun sebelumnya dengan segmen aeroangkasa melonjak 27.2 peratus disebabkan pengeluaran bahagian pesawat lebih tinggi serta lebih banyak permintaan bagi kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan daripada pesawat komersil ekoran pelonggaran sekatan perjalanan udara sejagat.

Kejuruteraan marin dan luar pesisir turut meningkat 8.2 peratus disokong permintaan lebih tinggi bagi kerja-kerja dalam projek lepas pantai.

Hasil pengeluaran am meningkat 9 peratus pada bulan Mei, dengan semua segmen menyaksikan peningkatan. Segmen makanan, minuman dan tembakau berkembang 14.7 peratus, dengan pengeluaran produk minuman, tenusu dan makanan haiwan yang lebih tinggi.

Pengeluaran untuk bahan kimia merosot 3.4 peratus pada Mei berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Segmen petroleum dan petrokimia masing-masing menguncup 1 peratus dan 14.7 peratus, dengan petrokimia mencatat pengeluaran yang lebih rendah di tengah-tengah penutupan penyenggaraan loji.

Hasil pengilangan bagi kelompok bioperubatan merosot 7.2 peratus pada Mei. Segmen teknologi perubatan berkembang 2.7 peratus dengan permintaan yang lebih tinggi untuk peranti perubatan dari AS dan EU.

Segmen farmaseutikal menguncup 14.8 peratus disebabkan oleh campuran berbeza bahan farmaseutikal aktif yang dihasilkan, kata EDB.
Sumber : CNA/SU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa