Hasil pengilangan SG naik 9.8% pada Sep; dipacu pemulihan dalam sektor bioperubatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura meningkat 9.8 peratus pada September berbanding setahun lalu.
Ia didorong oleh pemulihan kukuh dalam sektor bioperubatan yang mencatatkan pertumbuhan 62 peratus, dipacu lonjakan pada pengeluaran farmaseutikal, menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) pada Jumaat (25 Okt).
Segmen farmaseutikal berkembang 143.9 peratus disebabkan campuran berbeza bahan farmaseutikal aktif, yang dihasilkan berbanding setahun lalu.
Kejuruteraan jitu juga mencatat pertumbuhan kukuh, dengan lebih banyak peralatan semikonduktor dihasilkan.
Lonjakan pada penghasilan produk minuman, koko dan bakeri membawa kepada peningkatkan pada pengeluaran am.
Sektor kimia turut berkembang, didorong oleh pengeluaran produk wangian, bahan api bio dan bahan tambahan makanan.
Sementara itu, sektor elektronik tumbuh 1.9 peratus, diheret oleh kemerosotan pada elektronik pengguna.
Ini sekalipun pengeluaran dalam segmen-segmen elektronik lain meningkat.
Hanya pengeluaran kejuruteraan pengangkutan menguncup pada September, dengan sektor marin dan lepas pantai melaporkan kurang sasaran projek dicapai.

Sumber : CNA/FZ/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.