Hasil pengilangan SG naik 1.8% pada Julai selepas susut bulan sebelumnya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hasil pengilangan negara pada Julai naik 1.8 peratus selepas mengalami kemerosotan pada bulan sebelumnya.
Semua sektor pengilangan berkembang kecuali sektor bioperubatan yang tidak menentu, menguncup lebih 17 peratus.
Sektor kejuruteraan pengangkutan menyaksikan lonjakan paling ketara.
Ia dipacu oleh permintaan tinggi bagi bahagian pesawat serta lebih banyak kerja-kerja penyenggaraan, pembaikan serta baik pulih untuk pesawat komersil.
Lonjakan pada pengeluaran minuman, susu tepung dan produk koko mendorong kenaikan pada pengilangan am.
Hasil elektronik turut meningkat ekoran permintaan bagi bahagian komputer, penyimpanan data dan semikonduktor.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.