Skip to main content

Singapura

Hasil pengilangan SG naik 1.2% pada Okt

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Nov 2024 07:14PM Dikemas Kini : 27 Nov 2024 12:37AM
SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura pada Oktober berkembang lebih perlahan, naik 1.2 peratus berbanding setahun lalu.

Dalam perbandingan bulan ke bulan pula, hasil pengilangan bulan Oktober, berkembang perpuluhan satu peratus.

Kelompok kejuruteraan pengangkutan mencatat prestasi terbaik, meningkat hampir 11 peratus dalam perbandingan tahun ke tahun.

Ia dipacu oleh segmen aeroangkasa yang berkembang 16.5 peratus dan pengangkutan darat, 7.8 peratus.

Kelompok bio-perubatan dan elektronik menjadi penyumbang utama kepada kenaikan hasil pengilangan bulan lalu, dengan masing-masing bertambah 7.8 peratuhs dan 4.3 peratus. .

Sebaliknya penghasilan kelompok kejuruteraan jitu mencatat kemerosotan terbesar, hampir 16 peratus.
Sumber : CNA/LL/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita