Hasil pengilangan SG naik 0.2 mata pada Disember kepada 50.5
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Today)
SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura meningkat 0.2 mata pada Disember, kepada 50.5.
Ia adalah kenaikan bulan keempat berturut-turut.
Bacaan melebihi 50 pada Indeks
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) menunjukkan perkembangan.
Prestasi tersebut disebabkan pesanan baharu yang lebih banyak, eksport baharu dan pengeluaran kilang.
Import juga berkembang buat bulan kedua berturut-turut.
Meskipun demikian, penghantaran pembekal menguncup buat bulan ketujuh.
Sektor elektronik juga naik 0.1 mata pada bulan lalu kepada 50.2, dengan eksport baharu berkembang buat pertama kali dalam 16 bulan.
Pemerhati pasaran berkata bahawa kenaikan pada permintaan elektronik global merupakan pendorongnya.
Mereka optimistik dengan prospek pada tahun ini.
"Kedua-dua PMI pengeluaran dan elektronik masing-masing sebenarnya mencatatkan bacaan tertinggi sejak Januari dan Julai 2022, dan juga menghasilkan kenaikan keempat dan kedua secara berturut-turut," kata Selena Ling, Pakar Ekonomi OCBC.
"Saya fikir apa yang disaksikan sekarang adalah kisah pemulihan sektor pengilangan yang sedang berjalan dengan lancar. Kebanyakannya sebenarnya didorong oleh sektor bukan elektronik pada masa lalu, namun kita sedang menyaksikan hasil daripada sektor elektronik," tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.